“Aku bukannya sombong kerana tidak melayan lelaki sebaliknya aku jadi fobia untuk mendekati lelaki walaupun aku adalah seorang lelaki yang tulen. Ini semua kerana peristiwa satu malam yang melibatkan aku bersama kawan lelaki kepada adik angkatku”
Inilah pengakuan seorang lelaki tampan dari Korea yang bekerja sebagai personal trainer dan juga pengawal peribadi buat pembaca X-FILES K. Melihat dari susuk tubuh dan wajahnya yang tampan, ramai wanita tergoda dengan dirinya sehingga ada juga mengelarkan dirinya sebagai kasanova gara-gara dia tidak mahu melayan dan tidak mempunyai ramai kawan lelaki.
Kisahnya bermula apabila Jay bukan nama sebenar keluar bersama kawan baiknya yang dianggap sebagai adik sendiri bernama Desmond. Hubungan Jay dan Desmond sememangnya akrab dan Jay sanggup berkorban apa saja demi Desmond termasuklah wang walaupun Jay sendiri dalam kesusahan. Hubungan mereka menjadi akrab apabila Jay berjaya merubah fizikal Desmond menjadi seksi seperti dirinya oleh kerana Jay bekerja sebagai personal trainer dan juga pengawal peribadi.
Hakikatnya, Desmond juga senang berkawan dengan Jay kerana sikap Jay yang peramah dan berfikiran terbuka. Pada suatu hari, setelah hampir 6 bulan tidak berjumpa, Desmond menghubungi Jay untuk makan malam sambil minum arak. (Rutin biasa untuk orang Korea)
Walaupun waktu itu Jay sangat sibuk, tetapi kerana rindu dan prihatin kepada adiknya itu, Jay sanggup membatalkan temujanji dan mohon cuti dari bosnya.
Tepat jam 7 malam, Jay dan Desmond berjumpa di restoran yang selalu menjadi tempat mereka lepak sewaktu mereka berdua aktif mengunjungi gym yang mana waktu itu, Desmond mahu berubah fizikal dari gemuk kepada maskulin. Sewaktu berjumpa, Jay terkejut apabila Desmond telah membawa seorang kawan lelaki yang tidak dikenali. Selama ini, Desmond tidak pernah sembunyi dan sering bercerita tentang kawannya kepada Jay. Namun, Jay tidak marah dan seperti biasa bertegur sapa kawan Desmond dengan penuh ramah. Jay cuma terkejut kerana Desmond tidak memberitahu bahawa dia mahu membawa kawan yang bernama Mike.
Sambil makan dan minum, barulah Jay tahu Mike sebenarnya kawan baik Desmond sewaktu belajar di luar negara. Malah, Mike sendiri teruja untuk bertemu Jay kerana Desmond sering bercerita mengenai abangnya itu selain mahu merubah fizikal dan mohon khidmat Jay sebagai personal trainer. Perbualan mereka selama lebih 5 jam itu telah membuatkan Desmond mabuk dan tidak sedarkan diri sehingga terlena di meja makan.
Memandangkan jam telah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi, Jay mahu menghantar adiknya itu pulang ke rumah. Namun, Mike menyatakan bahawa lebih baik hantar ke rumahnya saja memandangkan rumah Mike lebih dekat jaraknya dari restoran tersebut. Tanpa menghiraukan keadaan mereka berdua yang juga telah mabuk, Jay bersetuju dan memapah Desmond sambil ditolong Mike ke rumah Mike yang jauhnya kira-kira 15 minit dari restoran dengan berjalan kaki.
Setelah tiba di rumah Mike, Jay telah meletakkan Desmond di katil bujang Mike selepas disuruh Mike. Desmond telah lena dan tidak sedarkan diri sambil berdengkur. Selepas itu, Jay mahu terus pulang kerana dia ada kerja pada keesokan harinya. Namun, Mike telah melarang dan menasihatkan Jay untuk bermalam di situ juga. Ini kerana Jay juga sudah lemah dan mabuk.
Usul Mike sekali lagi diterima Jay dan mereka berdua tidur dibawah lantai berdekatan dengan katil. Selepas mereka lena beberapa jam, secara tiba-tiba Jay merasa lain macam. Dia merasa seperti ada benda yang bergerak ditubuhnya. Dia mencelikkan mata seketika dan mendapati tangan Mike telah berada diatas dadanya. Jay menolak tepi Mike dan membetulkan posisi tidur Mike. Dia sambung tidur dan tidak sampai 15 minit, Mike telah kembali ke posisi sama dengan memeluk Jay dengan lebih erat.
Kali ini, Jay merasa lebih pelik kerana tangan Mike bukan saja bergerak di dadanya saja. Malah, Mike telah meraba seluruh badannya termasuklah alat sulit Jay. Tanpa menghirau waktu dan keadaan sekeliling, Jay telah menepis tangan Mike dengan kuat sehingga Mike terbangun dan tersedar lena dari khayalan tidurnya itu. Jay begitu marah dan tidak menyangka sekali Mike telah berbuat demikian terhadap dirinya walaupun pertama kali berjumpa. Tanpa berlengah lagi, Jay telah bergegas pergi dan meninggalkan Desmond dan Mike di situ. Mike yang dalam keadaan takut terdiam dan tidak sempat berkata apa-apa.
Dari peristiwa itu, Jay bertahun-tahun tidak berjumpa dengan Desmond dan merasakan adiknya itu sudah pun menjadi mangsa Mike. Malah, Jay juga langsung tidak menjawab panggilan telefon dari Desmond. Jay mengakui peristiwa hitam itu juga membuatkan dirinya sering bersikap dingin dan sombong dengan mana-mana lelaki saja. Jay juga berubah menjadi lelaki yang suka berfoya-foya. Jay juga menjadi anti sosial media dan menghiraukan semua sapaan dari laman chatting terutama sekali dari lelaki yang tidak dikenali. Jay merasakan peristiwa malam itu satu peristiwa yang sangat gelap buat dirinya walaupun pada awal pertemuan dengan adiknya itu satu perkara yang menggembirakan.
Satu hari, Jay merasa tidak selesa apabila ramai pandang serong dan menggelarkan dia seorang lelaki yang berlagak dan jahat serta kasanova kerana melayan wanita saja. Oleh itu, Jay telah berjumpa kaunselor dan mencari jalan penyelesaian kerana ia membuatkannya dirinya tertekan.
Jay dinasihati berjumpa Desmond dan menceritakan hal sebenar. Akhirnya Jay menghubungi Desmond dan berjumpa. Perjumpaan tersebut telah membuatkan Jay ketahui bahawa Desmond juga tidak tahu apa yang terjadi pada malam tersebut. Namun, Mike juga sering memohon maaf dengan Desmond kerana membuatkan hubungan Desmond dan Jay renggang.
Desmond juga tidak tahu menahu bahawa Mike seorang lelaki yang songsang sehinggalah Jay menceritakan hal tersebut. Namun, selepas peristiwa itu, Mike juga telah berubah. Apa yang berlaku pada malam itu adalah perkara yang tidak disedari Mike sendiri akibat emosinya dikawal arak. Namun, Mike akui bahawa pada mulanya dia berasa konfius dengan dirinya. Namun, selepas rawatan dan insiden malam itu, Mike menjadi lain.
Mike telah berumah tangga begitu jua dengan Desmond. Jay juga mohon maaf dengan Desmond kerana tidak menghadiri hari perkahwinan Desmond yang mana sebelum ini dia telah berjanji untuk menjadi pengapit Desmond. Apapun, Desmond sudah pun mempunyai anak perempuan yang comel. Hubungan mereka kembali akrab dan Jay juga bakal berumahtangga tidak lama lagi.