Menggunakan alat solek atau Make-up bagi lelaki Korea bukan satu perkara yang baru lagi. Oleh itu, semakin hari, semakin ramai lelaki Korea bergelar Oppa pandai menggunakan make-up. Malah ada juga yang sanggup mengambil kelas dandanan untuk menjaga penampilan setiap hari.
Jadi, tidak hairanlah, Oppa-oppa Korea ini tidak kekok berhadapan dengan alat solek. Malah, ada juga produk yang dikeluarkan syarikat kecantikan khusus untuk lelaki saja. Perubahan ini berlaku kerana persaingan untuk berwajah tampan, kacak dan segak semakin tinggi serta ada sebilangan lelaki Korea mengakui ia berpunca dari wanita Korea yang terlalu mencari teman lelaki yang mempunyai wajah yang kacak saja.
Selain itu, ia juga salah satu cara untuk lelaki Korea tidak mengambil pembedahan plastik yang kosnya amat tinggi walaupun banyak pilihan dan hospital di Korea. Khas buat pembaca EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A kami senaraikan produk yang sering digunakan Oppa Korea untuk tampak kacak setiap hari. Apa yang pasti, alat-alat ini adalah cara asas solek bagi kaum adam Korea. Lihat sebelah untuk ketahuinya.