10) Idol Korea juga terpaksa mengawal nafsu bukan saja dari segi nafsu makan untuk diet. Ada juga Idol langsung tidak dibenarkan berkahwin dan bercinta dalam tempoh kontrak. Malah, ada juga Idol hanya boleh berkawan dengan individu yang direstui oleh pihak agensi saja. Ada juga yang hanya boleh berkawan secara senyap. Malah, walaupun mereka berkawan dan ada bergambar bersama, gambar tersebut tidak boleh disebarkan di sosial media tanpa kebenaran. Malah, hubungan persahabatan mereka juga tidak boleh diumumkan apabila ia belum tiba masa lagi. Ini kerana perkara ini melibatkan promosi dan saham. Malah, sosial media seperti Instagram, Facebook dan twitter milik Idol kebanyakannya bukanlah 100% milik Idol. Kebanyakannya dikemaskini oleh orang lain dan kenyataan juga tidaklah datang dari mulut Idol. Oleh itu, kepada yang suka memberikan komen negatif, anda jangan terkejut kalau mendapat surat mahkamah atau saman dari pengurusan Idol.