8) Idol Korea semestinya mempunyai wajah dan potongan badan yang menarik. Ada juga yang dahulunya hodoh tetapi kini menjadi lelaki terkacak dan wanita paling jelita. Namun, tidak semua Idol di Korea mengambil pembedahan plastik atau kosmetik. Sistem kursus yang disediakan untuk Idol di Korea turut melibatkan cara penjagaan wajah dan fizikal. Tidak semuanya diajar dengan cara mudah. Dalam industri K-POP atau hiburan Korea, 90% kontrak menjadi Idol di Korea wajib membuat pembedahan kosmetik manakala hanya 10% tidak menetapkan syarat untuk pembedahan plastik. Faktor ini terjadi kerana ada beberapa agensi turut mempunyai kolaborasi dan perjanjian dengan klinik dan hospital bedah kosmetik untuk Idol dan bintang agensi mereka.