[tab: Eversoft]
MENANG!
Set Produk Pembersih Wajah Eversoft
BERNILAI RM3199.72
Eversoft, jenama ‘Pakar Pembersih Wajah Harian’ melancarkan semula rangkaian pencuci muka dengan “100% Tumbuhan Organik Aktif” yang telah diuji dan dipercayai berasaskan formulasi Jepun. Membersih muka dengan mendalam secara kerap dapat menyingkirkan kotoran pada permukaan wajah dengan efektif agar kulit kelihatan bersih, sihat dan berseri.
Sepertimana petua kecantikan yang diperturunkan si ibu kepada anak gadisnya, begitulah Eversoft yang telah diwarisi generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun. Barisan pencuci muka yang didatangkan dalam empat variasi iaitu Avokado & Minyak Dedak Padi, Ginkgo & Yuzu Organik, Bunga Camellia & Mulberi Organik dan akhir sekali, Benih Jelai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik diikuti dengan rangkaian pembersih serum dan pembersih skrub, setiap produk ini mempunyai fungsinya yang tersendiri mengikut kesesuaian kulit. Malah, ia bertindak lembut pada kulit dan membersih kotoran jauh ke dalam kulit tetapi masih mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi dalam setiap cucian.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 28 Februari 2017
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Philosophy]
MENANG!
Set Produk Penjagaan Kulit Philosophy
BERNILAI RM3,980
‘Impresi pertama’ penting, oleh itu setiap wanita harus menjaga kulit dengan baik. Maka, membersihkan wajah sememangnya menjadi rutin harian bagi menghilangkan minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati.
Philosophy antara jenama rangkaian kulit yang terkenal memperkenalkan ‘Purity made simple’, iaitu pembersih wajah harian yang dirumus untuk membersihkan muka, menanggalkan solekan lebih-lebih lagi pada bahagian mata yang cukup rumit untuk dibersihkan, menyamaratakan ton kulit sambil menghidrat kulit.
Diformulasi dengan agen yang lembut, pembersih muka ini tidak merengsakan kulit mahupun merosakkan tahap ph pada kulit wajah. Oleh itu, pembersih wajah ini juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Tambahan pula, campuran 12 minyak pati unik termasuk minyak biji meadowfoam, minyak rosewood dan minyak gaharu bagi melembutkan kulit.
Malah, pembersih muka ‘Purity made simple’ ini boleh digunakan untuk membersihkan berus-berus solekan anda!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 28 Februari 2017