[tab: Ferragamo]
MENANG!
Wangian Salvatore Ferragamo Emozione
BERNILAI RM 5784
Diilhamkan oleh wanita yang bukan sahaja terserlah melalui kejayaan mereka tetapi juga melalui keharmonian emosi , keanggunan dan keyakinan dalam diri, Salvatore Ferragamo telah mencipta minyak wangi ikonik yang klasik namun moden, Emozione, khusus untuk wanita yang meraikan kehidupan.
Komposisi wangian ini adalah berdasarkan bauan bunga segar yang feminin, ditambah sensasi haruman kayu-kayuan bersama nota Chypre yang sensual dan elegan. Emozione dibuka dengan nota sitrus bergamot , dilembutkan dengan Iris dan nota pic putih untuk sensasi baldu. Nota jantung pula menggabungkan beberapa jenis bunga iaitu Peony yang unik dengan Ros Bulgaria dan Heliotrope yang mempunyai baunya tersendiri. Kombinasi patchouli, kasturi putih dan nota Suede yang pekat digunakan sebagai tanda asas bagi menyempurnakan haruman wangian ini.
Emozione menampilkan Bela Malgosia, model terkenal di peringkat antarabangsa untuk mewakili kempen wangian ini dengan jalan cerita yang penuh dengan emosi melalui potret kewanitaan dan keharmonian.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Burberry]
MENANG!
Wangian My Burberry
BERNILAI RM 5890
My Burberry melambangkan haruman taman London selepas disirami hujan. Diperkaya dengan haruman bunga-bungaan yang lembut dengan sentuhan yang edgy, wangian ini adalah indah lagi elegan seumpama gaya British.
Ciptaan wangian My Burberry adalah kolaborasi antara Christopher Bailey dan Francis Kurkdjian, di mana mereka gabungkan kacang manis dan minyak bergamot yang diperoleh daripada calabria di Itali sebagai nota atas, diikuti dengan golden quince dan freesia dengan sedikit minyak geranium sebagai tanda bauannya yang tersendiri. Untuk melengkapkan wangian, duo yang menakjubkan ini mengakhirinya dengan patchouli oil dan rose absolute iaitu kombinasi bunga mawar Damask dan mawar Centifolia.
Malah, botol wangian ini juga berdasarkan reka bentuk dan sentuhan yang sama dengan kot trench Burberry, identiti yang telah wujud sekian lama.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Tanaka]
MENANG!
Set Penjagaan Kulit Bio-Essence Tanaka White
BERNILAI RM 5750
Ekstrak kulit kayu pokok Tanaka memiliki penyuburan mendalam, penghidratan dan agen pendinginan. Mengaplikasi ekstrak kulit kayu pokok Tanaka pada muka merupakan rahsia pencerahan kulit semula jadi yang diamalkan oleh setiap wanita di Myanmar untuk lebih 2000 tahun lamanya. Agen pencerahan ini banyak digunakan untuk mengekalkan kecerahan kulit, ia juga dianggap sebagai bantuan terbaik untuk membantu menapis bahang matahari. Wanita yang bekerja di luar menyapukan selapisan tipis Tanaka sebagai tabir suria untuk menghalang kesan kulit terbakar sementara agen pendinginannya membantu mereka mengimbangi bahang panas sepanjang hari.
Rangkaian produk baru Bio-essence Tanaka White dirumus semula khas untuk meningkatkan keberkesanan bahan unggul Tanaka yang memberi kesan berganda untuk kecerahan dan keserian intensif agar kulit nyata berseri dan bersinar. Ia terdiri daripada 5 jenis produk:
Double Whitening Cleansing Foam
Mempunyai cecair berbusa yang halus untuk menyingkirkan kotoran pada kulit dan juga melembapkan kulit
Double Whitening Clarifying Softener
Diperkaya dengan Asid Tranexamic untuk mencerahkan kulit . Ia mencuci dan melembutkan kulit untuk membolehkan penyerapan lebih baik kepada produk penjagaan kulit seterusnya
4X Intensive White Serum
Menggunakan teknologi moden Bio-energy untuk menggabungkan 4 bahan pencerahan hebat – Ekstrak Tanaka, Asid Tranexamic, Asid Kojic dan Arbutin untuk meningkatkan kesan pencerahan intensif
Double Whitening Day Cream SPF20
Menggunakan kemajuan teknik Bio-engineering yang diadun bersama ekstrak herba mewah dan nutrien penting yang secara mendalam menyuburkan kulit
Double Whitening Renewal Night Cream
Diperkaya dengan Asid Tranexamic,ekstrak herba mewah yang digabungkan dengan cecair Bio-energy and esen bio-mineral agar lapisan kulit lebih teguh dan anjal
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Bella]
MENANG!
Baucar Rawatan Indiba Stem Cell System
BERNILAI RM5808
Sel tunjang adalah sangat unik kerana ia adalah sumber untuk pembiakan sel-sel baru, dan mempunyai potensi untuk berubah menjadi segala jenis dan bentuk sel. Malah, sel tunjang juga boleh menggantikan sel-sel kulit yang rosak dengan menjana semula sel-sel kulit. Semakin umur kita meningkat, kulit kita akan menjadi kendur dan muncullah kedutan dan garis-garis halus, lebih-lebih lagi pada kulit muka kerana keanjalan pada dinding sel menjadi lebih tipis.
Sistem sel tunjang INDIBA yang baru adalah lebih canggih dengan kekuasaan penggalak kolagen 6 hingga ke 10 kali lebih kuat untuk proses pemulihan sel bergantung pada setiap individu. Terapi ini direka bagi meningkatkan metabolisme pada tisu dan sel kulit agar dapat mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit, memperbaiki kontur wajah dan juga kulit tampil lebih anjal dan berseri seperti remaja!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Promo Eksklusif – Jovian Mandagie]
MENANGI
Busana Kahwin Jovian Mandagie
BERNILAI RM10,000
Jovian Mandagie, pereka fesyen terkemuka di Malaysia terkenal dengan ciptaan busana perkahwinannya yang indah dan unik mempersembahkan lagi sekali koleksi pengantin bagi tahun 2015.
Untuk koleksi ini, baju direka dengan potongan yang menonjolkan keindahan tubuh bakal pengantin dengan sentuhan gaya kontemporari yang sofistikated. Kombinasi fabrik yang digunakan seperti sutera crepe, tulle, sutera duchess, sifon Itali, renda Perancis dan sutera organza, dilengkapi dengan butiran sulaman beralun, perincian manik dan ruffles menambahkan lagi cita rasa mewah pada setiap koleksi Jovian Mandagie. Nada warna yang digunakan seperti ghost white, off-white dan percikan warna champagne juga lembut dan mengasyikkan mengekalkan rupa klasik seorang pengantin.
Dapatkan senaskah majalah EH! bulan Julai ini untuk merebut peluang memenangi busana kahwin Jovian Mandagie!