[tab: Belif]
MENANG!
Produk Belif
BERNILAI RM 5868
Belif menggabungkan konsep moden dan tradisional untuk menghasilkan setiap produk penjagaan mereka agar dapat menghasilkan rangkaian yang terbaik dan berkesan untuk kulit. Antara produk mereka ialah:
The True-Whitening Facial Sheet Mask
Pupur muka yang berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah. Pupur muka organik ini dirumus tanpa peraben, sulfat, phtalates dan juga bebas daripada minyak mineral, petrolatum, bahan pengawet sintetik, pewarna, minyak wangi dan bahan-bahan berasal dari haiwan.
Anti-Wrinkle Essence
Esen ini sesuai digunakan untuk menghilangkan kedutan pada wajah dengan formulanya yang pekat namun tekstur esen ini ringan bagi memudahkan penyerapan pada permukaan wajah. Ia juga membantu melicinkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Anti-Wrinkle Cream
Krim muka ini berfungsi untuk menghidrat dan menegangkan semula kulit wajah agar tiada kedutan dan garis-garis halus. Diformulasi dengan Bilberry dan Yarrow, krim ini turut membantu untuk menegang dan menganjalkan kulit.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Clinelle]
MENANG!
Produk Clinelle
BERNILAI RM 5923.40
Manjakan kulit anda dengan hanya satu semburan Clinelle PureSWISS Thermal Spring Water sahaja! Diinspirasikan oleh Thermal Spring Water dari Switzerland yang terkenal dengan kuasa penawar secara semula jadi secara turun-temurun, Clinelle PureSWISS Thermal Spring Water kaya dengan 20 jenis mineral dan produk ini boleh digunakan pada setiap anggota badan seperti muka, badan, tangan, rambut dan kulit kepala. Malah, ia juga disyorkan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, kerana kandungan nitratnya yang rendah memberikan anda kandungan air yang cukup tulen dan bersih. Clinelle PureSWISS Thermal Spring Water membantu untuk menghidrat sambil menegangkan kulit daripada tanda-tanda penuaan, mengawal minyak dan mengecilkan liang pori pada wajah, melegakan ketidakselesaan kulit, melindungi kulit lebih-lebih lagi selepas rawatan dermatologi dan akhir sekali, mengekalkan solekan pada wajah. Clinelle PureSWISS Thermal Spring Water sesuai dibawa ke mana sahaja agar anda kekal segar sepanjang masa!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Obermain]
MENANG!
Baucar Obermain
BERNILAI RM 5850
Asalnya dari Jerman dan diasaskan pada tahun 1888. Obermain terkenal dengan rekaan barangan kulit terutama sekali kasut kulit untuk lelaki yang ingin tampil bergaya. Namun, kini Obermain memperkenalkan kasut dan aksesori yang bukan saja direka untuk lelaki semata tetapi juga untuk wanita. Salah satu koleksi Obermain yang disukai ramai adalah Obermain Blute I dan Obermain Jude II iaitu koleksi kasut baji (wedges) bagi setiap wanita yang ingin tampil cantik dan bergaya namun tetap inginkan keselesaan. Koleksi terbaru Obermain ini mempunyai tumit yang diperbuat daripada gabus iaitu bahan yang sangat ringan, tahan lama dan cukup selesa untuk dipakai seharian membuatkan koleksi ini disambut hangat di pasaran. Obermain Blute I adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang kental cinta rasa feminin kerana motif bunga-bungaan pada koleksi ini sangat menarik dan cukup ceria. Manakala, Obermain Jude II pula sesuai bagi mereka yang inginkan gaya sofistikated. Rekaan talinya yang unik serta hadir dalam pelbagai warna menambahkan sentuhan yang anggun pada si pemakai.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Laurier]
MENANG!
Hamper Kao Laurier
BERNILAI RM 5952
Bagi wanita yang berkerjaya dan sentiasa penuh dengan aktiviti mahupun mereka yang aktif dalam sukan, mengekalkan keselesaan diri adalah satu perkara yang amat penting supaya bebas melakukan aktiviti harian. Pasukan R&D Laurier di Jepun bertungkus-lumus dalam mereka cipta tuala wanita yang dapat memberi kuasa penyerapan unggul dengan kekeringan maksimum pada wanita moden yang aktif agar sentiasa kering, selesa dan stress-free. Laurier’s Diamond Surface with Skin Stress Free Technology, iaitu rekaan terkini Laurier menyerap 2 kali lebih cepat dan juga
5 kali lebih kering tanpa meninggalkan sebarang kesan cecair pada kulit dan juga mengekalkan kebersihan serta kesihatan kulit ketika datang bulan. Antara rangkaian produk Laurier yang menggunakan teknologi yang inovatif ini adalah Laurier Night Safe, Laurier Super Slimguard, Laurier Perfect Comfort Night Wing, Laurier Super Guard dan akhir sekali, Laurier Active Comfort Wing.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2016