Menangi hadiah menarik bulan ini!
MENANG!
set [comfort zone] Hydramemory
BERNILAI RM5,749
Rangkaian Hydramemory terbaru keluaran [comfort zone] memanfaatkan formula berasaskan sains, ia bebas daripada silikon, menawarkan sistem Double Hydration yang inovatif bagi mengembalikan ciri-ciri kulit yang sihat, lembut dan bercahaya. Ia juga menjamin kelembapan serta-merta dan berpanjangan sehingga 24 jam. Gabungan eksklusif serpihan biomimetik asid hyaluronik, asid hyaluronik makro, minyak moringa daripada tanaman yang telah disahkan bermanfaat dan selamat dan campuran ekstrak semula jadi meningkatkan sistem penghidratan dalaman kulit untuk mengukuhkan pertahanan kulit dan
membantu memastikan pengagihan air yang teratur dalam keseluruhan epidermis. Hydramemory juga bermanfaat untuk kulit, terima kasih kepada tekstur “Sorbet” yang ringan yang menjanjikan pengalaman yang menyegarkan dan sesuai untuk semua kulit. Rumusan ini boleh digunakan dalam kesan lapisan sekali gus memenuhi keperluan kulit dalam satu-satu masa termasuklah ketika perubahan cuaca.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Julai 2017