MENANG!
Decleor Life Radiance Vitamin Cure
bernilai RM 155
DECLÉOR LIFE RADIANCE VITAMIN CURE menyasarkan rawatan booster 10 hari. Satu daripada dua wanita Malaysia hari ini bimbangkan kulit
kusam dan berpigmen. Persekitaran yang tercemar, keletihan dan peredaran mikro yang lemah merupakan faktor penyumbang kepada kulit kusam.
Sejak 40 tahun yang lalu, Decleor sentiasa mendahului dalam membangunkan campuran aromaterapi yang inovatif dan berkesan untuk memerangi keperluan khusus setiap jenis kulit. Selepas tiga tahun penyelidikan yang menggabungkan kajian mekanisme kulit dan kepakarannya dalam bahan-bahan aktif semula jadi kulit: Minyak Essential Saro dan tumbuhan probiotik. Decleor dengan bangganya memperkenalkan penyembuhan untuk merawat dan memperbaharui kulit letih, kusam dan tidak bermaya DECLÉOR LIFE RADIANCE VITAMIN CURE dikenali sebagai “facial” di dalam botol yang padat dengan vitamin, membantu meningkatkan daya tahan kulit, mengembalikan kulit bercahaya dalam masa 10 hari. Mengandungi pelbagai bahan aktif semula jadi seperti Vitamin C dan AHA kompleks buah nenas, anggur dan markisah, menggalakkan lagi peningkatan epidermis bagi mengurangkan kecacatan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan mengurangkan tanda-tanda keletihan. Minyak essential lemon, limau gedang dan minyak essential saro membantu membersihkan kulit manakala lupin lipopetides menggalakkan pengoksigenan dan mengetatkan liang roma. Ia turut memberi peredaran mikro yang aktif dan perlindungan dari radikal bebas yang melambatkan pengoksidaan kulit dan proses penuaan sekali gus meratakan ton kulit serta
mengembalikan seri kulit semula jadi. Rawatan aktif ini menjadikan kulit berseri dan bercahaya dalam masa hanya 10 hari dan berkekalan.
Jawab soalan berikut dan hantarkan e-borang penyertaan anda.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 -31 Mei 2014
_____________________________________________________________________________________________________
Click here if you have issue accessing the promo form above