[tab: Enchanteur]
MENANG!
Set produk Enchanteur
BERNILAI RM 6000
Setiap wanita berhak untuk memperoleh kenikmatan diri setiap hari. Biar pun menjalani gaya hidup yang sibuk, kita seharusnya memperuntukkan masa untuk memanjakan diri. Salah satu cara yang paling mudah adalah menerusi penjagaan kulit badan. Losyen Haruman Badan ENCHANTEUR sesuai digunakan selepas mandi kerana aplikasi pada kulit yang lembap adalah cara terbaik untuk mendapatkan kelembapan yang lebih ketara. Cara ini juga memastikan penyerapan nutrien yang optimum sambil menghidratkan kulit. Diperkaya dengan Lidah Buaya dan Mentega Zaitun, Losyen Haruman Badan MoistureSilk dari ENCHANTEUR memastikan kulit lembut sehalus sutera. Produk yang diharumkan dengan wangian menarik dan tahan lama ini membuatkan anda berasa lebih menawan dan yakin. Sementara itu, Losyen Haruman Pencerah Badan ENCHANTEUR pula diperkaya dengan Vitamin C dan Ekstrak Likuoris untuk membantu mencerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata. ENCHANTEUR menawarkan pelbagai pilihan losyen badan, gel dan krim mandian dengan wangian yang berbeza untuk disesuaikan dengan personaliti dan mood yang berbeza. Antara rangkaian yang boleh didapati di pasaran adalah ENCHANTEUR Romantic, ENCHANTEUR Charming, ENCHANTEUR Alluring dan ENCHANTEUR Enticing.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Freshkon]
MENANG!
Set Freshkon Fusion Set Daily
BERNILAI RM 6000
Memakai kanta sentuh sudah tentu akan memberi efek pada wajah anda lebih-lebih jika anda memilih warna yang sesuai dengan ton kulit. FreshKon Colors Fusion Daily adalah kanta sentuh yang terkini di pasaran dengan pilihan warna seperti Blushing Violet, Brilliant Brown dan Shimmering Grey digabungkan pula dengan coraknya yang jelas, sudah tentu ia memberi efek yang berkilau pada mata si pemakai. Zon optik kanta sentuh ini juga besar, memberikan medan penglihatan yang luas dan jelas dengan pelbagai jenis kuasa dari -0.00D sehingga -10.00D. Setiap kanta sentuh ini juga mengandungi asid hialuronik untuk mengekalkan lembapan pada kanta sentuh sambil itu memudahkan pelinciran okular. Dengan itu, si pemakai juga akan merasa lebih selesa untuk memakai kanta sentuh tanpa masalah radang mata. FreshKon Colors Fusion Daily yang dipakai buang setiap hari menjaminkan kebersihan kanta sentuh dan kesihatan mata anda.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Paco Rabanne]
MENANG!
Paco Rabanne Olympea
BERNILAI RM 5940
Jenama Paco Rabanne sangat sinonim dengan keberanian dan modenisme. Dengan rekaan wangian terkini, Olympéa, Paco Rabanne telah mencipta sesuatu yang baru iaitu sesuatu yang feminin. Paco Rabanne membayangkan bauan yang sensual dan unik, berpaut dengan ciri-ciri Cleopatra, seorang permaisuri dan ikon seantero alam. Olympéa adalah kombinasi dua bau yang berbeza iaitu aroma vanila yang mengghairahkan dengan kombinasi nota-nota bunga diikuti buah mandarin hijau yang segar lantas merangsang setiap deria serta-merta. Digabung pula dengan bunga dan esen akuatik teratai halia dan melati hidroponik, menghasilkan wangian yang menggoda. Bauan vanilla accord diramu dengan pokok cendana dan ambergris accord yang membawa pada bauan yang mengasyikkan. Wangian Olympéa ini adalah haruman yang unik lagi berkuasa, seiring dengan identiti Paco Rabanne sendiri.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Safi Rania]
MENANG!
Set Safi Rania Gold
BERNILAI RM 6000
Memperkenalkan SAFI RANIA GOLD, rangkaian anti-penuaan dengan formulasi baharu Bio Nano Emas 24K dan protein sutera. Direka khas untuk meremajakan sel disamping mencerahkan kulit agar sentiasa tampil muda berseri. Bahan utama di dalam rangkaian ini iaitu Bio Nano Emas 24K mampu menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedutan wajah. Ia juga mengandungi 18 jenis Asid Amino untuk membentuk lapisan perlindungan pada kulit agar dapat mengekalkan lembapan pada kulit supaya kulit wajah licin, lembut dan halus bak sutera. Pembersih wajah SAFI RANIA GOLD dirumus dengan PH seimbang untuk menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya dan juga mengandungi Vitamin C dan Karnosin dimana ia bertindak untuk mencerah dan meratakan ton kulit sambil melindungi kulit daripada kesan radikal bebas. Serumnya pula mengandungi 50x
lebih Bio Nano Emas untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Tri-Tone Equaliser didalam serum ini juga dapat menolong untuk membaiki ton wajah agar tidak kusam sekali gus mencerahkan.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Pevonia]
MENANG!
Set Pevonia Youthful
BERNILAI RM 5846.96
Wanita manakah yang tidak sayangkan kulit wajah mereka? Semakin kita berusia, kulit pada setiap bahagian badan kita lebih-lebih lagi pada bahagian muka adalah lebih cenderung untukmenjadi sensitif dan rapuh, jadi kita harus lebih berhati-hati dalam rutin harian dari segi penjagaan kulit. Malah, terdapat banyak produk yang dijual sekarang sehinggakan kita buntu memilih produk yang bersesuaian. Tahukah anda bahawa banyak produk penjagaan kulit mengandungi segala jenis bahan kimia yang lambat-laun akan merosakkan kulit? Usah risau kerana Pevonia kini hadir dengan rangkaian produk yang bebas alkohol, minyak mineral, lanolin, wangian, sodium lauryl sulfat, PABA, urea, paraben, formaldehid mahupun pewarna. Malah, mereka juga tidak menggalakkan sebarang ujian pada haiwan. Rangkaian terbaru ini dikenali sebagai Pevonia Youthful Set mampu menghidratkan dan mencantikkan kulit anda secara semula jadi.
Koleksi Pevonia Youthful Set merangkumi pembersih muka untuk kulit sensitif, penyegar untuk kulit sensitif, pembersih solekan mata dan juga Youth Renew tinted cream SPF30.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Sothys]
MENANG!
Set Sothys Hydra3HA
BERNILAI RM 6118
Secara umum, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ada kalanya terlalu panas dan ada kalanya sejuk, lantas menjerat ramai wanita dengan masalah kulit kering. Akibatnya, kulit wajah bukan saja tidak berseri tetapi juga kelihatan kasar dan tidak selesa akibat kerengsaan. Selain itu, kulit yang mengalami dehidrasi turut tidak menyerlahkan kegebuan pada wajah seseorang itu. Raut kulit yang lembut juga semakin hilang dan dipenuhi dengan garis halus. Sothys, jenama kecantikan yang berdiri kukuh sejak 70 tahun lalu telah menjalankan penyelidikan secara intensif dan menghasilkan barisan produk yang dapat membanteras masalah kulit kering. Dikenali sebagai Hydra3HA, rangkaian ini menggunakan ekstrak 1055 Boletus sebagai bahan utama. Antara produk yang telah dihasilkan ialah:
Intensive Hydratin g Serum
Diformulasikan dengan ekstrak 1055 Boletus dan asid hialuronik, serum ini menjana semula kulit agar dapat meningkatkan kadar penghidratan kulit sehingga +60% . Ia juga mengurangkan kehilangan kelembapan kulit sehingga 36%.
Hydratin g Gel-Cream
Dua jenis tekstur untuk memenuhi keperluan jenis kulit. Penggunaan krim ini menyelesaikan masalah kulit kering sambil melindungi kulit daripada radikal bebas. Terbukti juga secara klinikal dimana kulit tetap kekal hidrat sehingga +46% selepas 3 jam.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 November 2015