[tab: The Martian]
MENANG!
Tiket bermusim dan barangan edisi terhad
BERNILAI RM 5840.60
Semasa misi manusia ke Marikh, Angkasawan Mark Watney (Matt Damon) disangka sudah mati selepas ribut sengit yang melanda planet itu, jadi dia pun telah ditinggalkan oleh rakan sekerjanya. Akan tetapi, tidak disangka Watney telah terselamat dan mendapati dirinya terdampar dan bersendirian di planet yang dikelilingi musuh itu. Dengan hanya bekalan yang tidak seberapa, Watney harus menguatkan semangat dan bergantung pada kebijaksanaannya bagi mencari jalan untuk memberi isyarat ke Bumi bahawa dia masih hidup. Berjuta-juta batu jauhnya,
NASA dan satu pasukan saintis antarabangsa bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membawa “The Martian” pulang, manakala rakan sekerjanya pula merancang misi menyelamat yang tidak mustahil untuk dilakukan. Berdasarkan novel paling laris , dan diterajui oleh pengarah Ridley Scott, The Martian turut dibintangi oleh Jessica Chastain, Kristen Wiig, Kate Mara, Michael
Pena, Jeff Daniels, Chiwetel Ejiofor, dan Donald Glover.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: The Face Shop]
MENANG!
Set THEFACESHOP Make Up
BERNILAI RM 5914.48
Pernahkah anda mengalami masalah solekan yang cair ataupun kelihatan comot disebabkan cuaca di negara kita yang panas dan lembap? Kini, THEFACESHOP memperkenalkan produk terbaru mereka; Oil Control Water Cushion SPF 50+ PA+++ iaitu produk yang inovatif dimana ia mengandungi bedak asas cecair dengan menggunakan microfoam™. Apabila menggunakan Oil Control Water Cushion, kulit akan kelihatan pusam di luaran tetapi sentiasa terhidrat di bahagian dalam bagi memastikan solekan anda kekal lama, kelihatan segar dan tidak kering. Bahan rumusan yang diggunakan untuk Oil Control Water Cushion juga menghasilkan tekstur yang lembut dan ringan bagi setiap aplikasi, malah kulit juga akan dilindungi daripadi kesan melekit dengan teknologi
kawalan minyak melalui ekstrak pokok Moringa. Walaupun selepas berpeluh, aplikasi Oil Control Water Cushion tidak akan terjejas jadi kulit muka masih lagi dilindungi daripada sinaran UV.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Sothys]
MENANG!
Sothys Energizing Booster Serum
BERNILAI RM 6111
SOTHYS kini kembali lagi dengan penyelesaian inovatif yang menggabungkan inovasi saintifik dan tenaga semula jadi untuk memulihkan kulit pada semua peringkat usia. Diinspirasikan dengan berlian dimana ia bergantung kepada 4C untuk menentukan estetika dan nilai, produk terbaru SOTHYS juga mensasarkan 4 faktor penting iaitu tenaga selular, warna chromophores, kolagen dan kejernihan untuk mendapatkan kulit cantik berseri. Produk terbaru SOTHYS, iaitu Serum Energizing Booster dirumus dengan ginseng Siberia yang digunakan sebagai bahan utama kerana mempunyai keupayaan untuk mengoptimumkan kualiti dan rintangan pada kulit. Antara bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah ekstrak yis, beras peptida, asid
glycolic dan gabungan kompleks Rabdosia Rebescens dan Siegesbeckia Orientalis. Kombinasi bahan-bahan yang dirumus ini bukan sahaja dapat merangsang tenaga selular untuk meningkatkan pengeluaran kolagen, malah ia juga mampu mencerah dan memutihkan kulit.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Hada Labo]
MENANG!
Set Produk Hada Labo
BERNILAI RM 6000
Hada Labo Whitening Lotion, losen pencerah No. 1 di Jepun menggabungkan ramuan yang berfungsi untuk memutih, melembap dan mencerahkan kulit agar tampak lebih lebih menawan. 3 ramuan efektif yang terdapat di dalam Hada Labo Whitening Lotion adalah Arbutin berasal daripada ekstrak semulajadi dan mempunyai ciri-ciri pemutih yang efektif untuk mencerahkan tompok gelap, Hyaluronic Acid (HA) bagi mengekalkan lembapan pada kulit untuk jangka masa panjang dan akhir sekali, Vitamic C yang tidak hanya merupakan antioksidan berkuasa, malah membantu
mencerahkan tona kulit agar ia kelihatan lebih putih berseri. Penggunaan losen ini merupakan langkah paling penting dalam rutin penjagaan kulit agar khasiat produk penjagaan muka yang lain seperti pelembap dapat menyerap jauh ke dalam kulit lalu meningkatkan penghidratan kulit demi keseimbangan optimum. Malah, ramai jurusolek professional menggunakan produk ini sebagai asas solekan kerana solekan akan melekap cantik pada wajah agar tampil menawan selalu!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Freshkon]
MENANG!
Set Freshkon Colors Fusion Daily
BERNILAI RM 5952
Tidak dinafikan pada hari ini, ramai yang gemar memakai kanta sentuh tidak kira lelaki atau perempuan. Kanta sentuh biasanya digunakanuntuk tujuan pembetulan sama seperti cermin mata, tetapi ia lebih ringan dan mudah untuk digayakan. Sesetengah kanta kosmetik pula sememangnya berwarna untuk tujuan mengubah rupa bentuk mata. FreshKon Colors Fusion Daily adalah kanta sentuh yang amat sesuai dengan trend masa kini. Dengan pilihan warna seperti Blushing Violet, Brilliant Brown dan Shimmering Grey digabungkan pula dengan coraknya yang jelas, ia memberi efek yang berkilauan pada mata si pemakai. Zon optik kanta sentuh ini juga besar untuk memberikan medan penglihatan yang luas dan jelas, dengan pelbagai jenis kuasa dari -0.00D sehingga -10.00D. FreshKon Colors Fusion Daily sangatlah selesa untuk dipakai kerana ia mengandungi Asid Hyaluronik untuk memudahkan pelinciran okular dan juga menghidratkan kanta sentuh, maka dapat meningkatkan tahap keselesaan dan kejelasan pada si pemakai. Untuk mengekalkan kebersihan kanta sentuh, FreshKon Colors Fusion Daily yang dipakaibuang setiap hari adalah pilihan terbaik anda.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Bella]
MENANG!
Baucar Rebat Bella Depilux Hair Removal Treatment
BERNILAI RM 6000
Bella Skin Care mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam proses penyingkiran rerambut sehinggakan mereka mempunyai lebih daripada 10,000 kes yang berjaya di Asia. Sistem penyingkiran rerambut yang digunakan oleh Bella telah diuji terlebih dahulu untuk memenuhi piawaian keselamatan yang paling tinggi bagi mendapatkan kelulusan CE dan FDA. Depilux Hair Free System dihasilkan di Denmark dan mesin ini terkenal dengan kecekapannya dimana penggunaan mesin ini tidak menyakitkan, cepat dan selamat digunakan tanpa sebarang kesan sampingan. Ia menyampaikan pulsed light yang padu kepada semua pigmen rambut individu, sejurus itu pigmen tersebut menukarkan cahaya kepada haba bagi melumpuhkan keupayaan folikel rerambut untuk terus tumbuh. Rawatan Depilux Hair Free System boleh digunakan pada setiap bahagian badan seperti muka, dada, kaki dan ketiak. Contohnya, rawatan ketiak hanya memerlukan 10 minit untuk setiap sesi dan hasilnya boleh dilihat selepas 1-2 sesi sahaja.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2015