[tab: Grand Lexis PD]
MENANG!
Penginapan di Premium Pool Villa untuk 2 orang
BERNILAI RM 6,200
Terletak di sepanjang pantai Pasir Panjang Port Dickson dengan reka bentuknya yang unik seumpama bunga kebangsaan Malaysia, Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan lambang resort yang ikonik di negara kita. Terdiri daripada 639 vila yang sangat luas dengan dekorasi menarik serta dilengkapi dengan kemudahan yang praktikal buat anda yang inginkan penginapan santai. Keistimewaan vila Lexis Hibiscus Port Dickson ini dapat dirasai di mana setiap vila dilengkapi dengan kolam renang dan bilik wap peribadi untuk privasi setiap tetamu. Lexis Hibiscus Port Dickson turut mempunyai restoran tersendiri di sekitar resort. Dari santapan sepanjang hari di Coffee House ke masakan Jepun dan hidangan barat mahupun lounge dan bar. Kesemuanya sudahpun disediakan untuk kemudahan setiap tetamu. Lighthouse Club yang terletak di tengah-tengah kawasan kolepak Bunga Raya pula memberi akses khas bagi tetamu yang menginap di Panorama Pool Villa & Suites. Selain kemewahan vila serta pemandangan panorama yang menarik, Lex Spa menawarkan rawatan untuk menenang dan merehatkan minda bagi mereka yang sibuk dengan kehidupan harian. Manakala, Kidz World dan Starz Karaoke adalah tempat yang ideal untuk kanak-kanak. Bagi yang sukakan cabaran, terdapat pelbagai aktiviti di pantai
seperti jet ski, kayak dan pelbagai aktiviti riadah lain.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Annick Goutal]
MENANG!
Haruman Annick Goutal
BERNILAI RM 6,200
Siapa yang tidak kenal akan Annick Goutal, seorang artis yang tidak pernah mengalah mengejar impiannya. Bermula sebagai seorang pemain piano, model fesyen dan kini terkenal dengan ciptaan wangiannya. Annick Goutal berjaya menghasilkan suatu lembaran baru dalam penghasilan minyak wangi di seluruh dunia. Rose Pompon mencerminkan salah satu wangian Annick Goutal yang klasik tetapi dengan sentuhan moden dan berani iaitu campuran nota rempah pink pepper bersama anggur hitam dibuka dengan nota baldu raspberry bagi menghasilkan wangian yang memberangsangkan. Nota tengahnya pula membawa dua jenis ekstrak mawar iaitu esen mawar Bulgari memberi nafas kesegaran pada si pemakai diikuti dengan mawar Taif, bunga
yang beraroma buah-buahan yang manis. Dicampur pula dengan haruman mawar Pompon (Centifolia) yang cukup berharga dengan ribuan kelopaknya yang halus. Akhir sekali, komposisi ringan bunga peony, kasturi putih bersama kayu cedar yang aromatik dan patchouli menjadikan wangian ini cukup unik dan sensual sesuai bagi mereka yang berjiwa feminin!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Skeyndor]
MENANG!
Produk Aquatherm Travel Kit
BERNILAI RM 6,135
Skeyndor Aquatherm kini berada di pasaran dan rangkaian produk ini terdiri daripada beberapa jenis produk dan antaranya adalah Thermal Concentrate Water, S.O.S Anti-Redness, Re-Balancing Gentle Cream FI, Anti-Redness Hydra-Concentrate, dan Aquatherm Recovery O2 Pack. Setiap produk Aquatherm mempunyai fungsinya tersendiri dan sesuai untuk kulit kering
kerana bahan utama yang digunakan adalah Thermal Water diperoleh dari Salies de Bearn (French Pyrenees) yang terbukti untuk merawat kulit sensitif. Manfaat Skeyndor Aquatherm adalah untuk menguatkan sel dan lapisan kulit pada wajah agar dapat menghalang dari penuaan pramatang dan pada masa yang sama, rangkaian produk Skeyndor Aquatherm juga membantu
untuk mengembalikan keseimbangan kulit agar kulit kekal hidrat dan mulus tanpa cacat cela.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Urban Retreat Spa]
MENANG!
Baucar rawatan Lymphatic Detox Deluxe
BERNILAI RM 5,973
Setelah penat bekerja seharian di pejabat ataupun mengurus rumahtangga, alangkah indahnya jika berkesempatan untuk mencuri masa untuk memanjakan diri. Urban Retreat Spa tentu sekali dapat memberi keselesaan dengan suasana yang tenang bagi mereka yang ingin merehatkan minda dan badan. Urban Retreat Spa menawarkan rawatan berkualiti dalam persekitaran yang yang
bersih dan selesa pada harga yang berpatutan. Antara rawatan-rawatan yang disediakan adalah Deep Tissue Massage, Aromatherapy Massage, Pregnancy Massage dan Lymphatic Detox Massage iaitu urutan lembut selama 90 minit menggunakan minyak aroma yang panas dengan urutan yang lembut bagi menggalakkan pengaliran nodus limfa dan membuang toksin dalam badan. Sila
layari www.UrbanRetreatSpa.my untuk maklumat lanjut.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 September 2016