Bermula dari 8 sehingga 12 Ogos, Kuala Lumpur Fashion Week 2018 kembali menggegarkan pentas Pavilion Kuala Lumpur buat kali keenam dengan barisan pereka fesyen sarat kreativiti, lokal dan juga antabangsa. Tahun ini, KLFW 2018 akan kembali menghangatkan pentas bermula pada 8 sehingga 12 Ogos dan sekali lagi pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dipilih selaku lokasi rasmi. Edisi kali ini akan memperlihatkan kombinasi rekaan yang lebih menarik, lantas memberikan peluang eksklusif buat tetamu jemputan untuk menjadi yang pertama menyaksikan desain yang dipersembahkan.
#IGOTSTYLE
Dalam usaha ke arah fesyen yang lebih mapan, lestari dan beretika, KLFW tahun ini akan memberikan sokongan kepada label seperti Projek Jahat dan Sean & Shiela yang menjuarai usaha kelestarian dalam industri fesyen. Usaha ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada pereka fesyen mahupun peminat fesyen sendiri untuk menjayakan usaha positif ini. Tahun ini, KLFW bersama-sama usaha ini akan menggunakan #IGotStyle dalam merangkumi idea sesuatu yang baharu, sesuatu yang lama dan sesuatu yang dipinjamkan pada stail harian.
Usaha ini bermula selepas pengasas KLFW, Andrew Tan menerima jemputan ke Istana Buckingham bersempena dengan Commonwealth Fashion Exchange. Dia berpeluang bertemu HRH Duchess of Cambridge dan HRH The Countess of Wessex. Commonwealth Fashion Exchange menggabungkan pereka berpengalaman dan baharu dari 53 negara Komanwel dibawah satu bumbung dalam mempamerkan kuasa dan juga potensi seni fesyen artisan untuk menghasilkan hubungan pasaran selain kelestarian fesyen.
HIGHLIGHT
1. Dalam mengangkat martabat keagungan batik tradisi, inisiatif bersama Fashion Forward Batik Kelantan diteruskan. Seperti tahun lalu, Fashion Forward batik Kelantan akan turut disertakan di dalam jadual KLFW 2018.
2. Label lokal, Mimpikita akan meraikan ulang tahun ke-10 mereka! Untuk meraikan kegemilangan ini, Mimpikita akan merasmikan pentas KLFW 2018 selaku label pertama membuka pentas bersama #IGotStyle pada 8 Ogos.
3. Untuk memulakan edisi keenam tahun ini. KLFW akan melancarkan majalah digital berjudul Edition KLFW: Life on Digital. Pelbagai
perkembangan terkini industri fesyen Malaysia akan dipaparkan termasuklah berita-berita mengenai fesyen, kecantikan, kembara, gaya hidup dan banyak lagi.
Anda juga berpeluang untuk menangi pakaian daripada pereka fesyen terkenal Ezzati Amira bernilai RM1,049!
Pastikan anda ikuti instagram EH! , share instagram kami di Facebook akaun anda, dan jangan lupa untuk tekan butang like pada gambar kami!
Nantikan post kami di Instagram pada 4 Julai 2018, untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menangi pakaian tersebut. Set-kan alarm anda sekarang!