KL Fashion Week 2016 (KLFW 2016) yang berprestij kini kembali lagi dan EH! berbangga untuk menjadi salah satu rakan media untuk acara ini!
Bermula 17 hingga 21 Ogos 2016, sekali lagi perkarangan ruang legar Pavilion, Kuala Lumpur akan dipenuhi kelompok stylish people di Kuala Lumpur yang hadir memeriahkan acara tahunan ini. Bekerjasama dan disokong Tourism Malaysia dan AirAsia, KLFW RTW 2016 bersedia untuk memulakan pentas peragaan dengan mengundang empat pereka antarabangsa dari China, India, Australia dan Korea Selatan. Kolaborasi bersama Online E-Commerce dan FashionValet, lima pereka fesyen dari Indonesia dan lima lagi pereka dari Singapura juga akan membuat penampilan dalam KLFW RTW 2016.
Kami mempunyai sesuatu yang istimewa untuk anda dimana anda berpeluang untuk menangi gaun eksklusif rekaan FiziWoo bernilai RM1,800 khusus untuk pembaca EH!
Apa yang anda perlu lakukan adalah :-
- Follow IG kami (@ehmalaysia) dan repost gambar yang EH! sudah postkan seperti yang tertera di atas
- Jangan lupa untuk sertakan hashtag #EHMalaysia dan #EHxKLFW semasa anda repost gambar tersebut!
Terma & Syarat
- Tempoh penyertaan: 1 – 31 Julai 2016
- Setiap penyertaan harus ada hashtag #EHMalaysia dan #EHxKLFW
- Pastikan profile IG anda adalah public
- Keputusan hakim adalah muktamad
- Hadiah mesti dituntut di pejabat Blu Inc Media di Seksyen 13, PJ
Peraduan akan berakhir pada jam 11.59pm pada 31 Julai 2016, jadi apa yang ditunggu lagi?