Hai semua! Saya sangat pentingkan fesyen dan pastinya anda juga begitu. (Psst, saya sangat suka warna ombre yang sedang hangat sekarang ini.) Permainan warna sangat penting dalam memilih helaian untuk dipakai, tapi anda perlu tahu skim warna mengikut tona kulit anda dan cara menyesuaikannya bagi membangkitkan kecerahan kulit secara keseluruhan.
Terdapat dua jenis warna kulit: ton sejuk dan ton hangat. Mari kita bincang tentang cara untuk menentukan skim warna kulit anda.
1. Lipat lengan baju dan cari urat anda – Adakah warnanya biru atau hijau? Orang yang mempunyai urat biru cenderung untuk ton sejuk manakala orang dengan urat hijau cenderung untuk ton hangat.
2. Keluarkan barang kemas anda – Adakah anda sesuai dengan barang kemas perak atau emas? Minta pendapat teman baik untuk tentukan warna apa yang menjadikan kulit anda kelihatan berseri? Orang yang mempunyai tona kulit sejuk selalunya tampak lebih menarik dengan barangan perak sementara yang bertona kulit hangat pula sesuai dengan barang kemas emas!
3. Keluarkan baju kegemaran anda – Pilih empat warna tertentu – biru dan putih serta tembaga dan krim. Cuba kedua-dua set pakaian dan buat pilihan warna mana yang membuatkan anda kelihatan lebih sihat dan menawan. Jika biru dan putih sesuai dengan anda, ini bermakna tona kulit anda sejuk, sekiranya pilihan anda tembaga dan krim maka tona kulit anda hangat.
Yay! Sekarang anda telah jumpa warna yang terbaik untuk tona kulit anda! Ini adalah bahagian yang menyeronokkan – memilih warna yang cantik membuat anda menonjol. Perhatikan roda warna.
Tona kulit sejuk
Kulit anda kelihatan lebih cerah dan lebih berseri dalam biru, ungu, hijau dan kelabu (sebelah kiri roda).
Tona kulit hangat
Kecerahan anda jelas dalam warna merah, merah jambu, oren, kuning dan coklat (sebelah kanan roda).
Tip paling penting dalam berfesyen yang boleh saya kongsikan? Selesakan diri dengan kulit anda sekarang. Ia mampu membuatkan keseluruhan gaya #ootd anda kelihatan lebih cerah dan berseri dengan skim warna yang tepat. Namun keyakinan adalah aksesori muktamad kita semua.
Inginkan kulit cerah? Mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan L’Oréal Paris White Perfect Double Essence, White Perfect Day Cream SPF 17/PA++ dan White Perfect Night Cream. Dengan bahan-bahan Melanin Vanish™ dan batu permata Tourmaline, ia mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih berseri. Lebih menarik, White Perfect diuji secara dermatologi untuk kulit orang Asia.
Dapatkan maklumat lanjut di