Terkenal menerusi lagu Jangan Nakal dan Lelaki Seperti Aku, perjalanan seni jejaka berusia 21 tahun ini dilihat konsisten. Memiliki potensi menjadi pengacara yang baik bermula dengan program Remaja di TV3 seterusnya menerusi beberapa program lain termasuklah Idola Kecil di TV9. Ayuh kenali dengan lebih dekat penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini!
Pernah terfikir akan menggalas tugas sebagai pengacara?
Sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk bergelar pengacara, dan tidak tahu bakat itu ada dalam diri saya. Dengan tawaran yang datang, saya anggap ia peluang untuk saya mencuba. Saya sahut cabaran itu.
Alif gemar menunggang motor berkuasa besar (Ducati) dan turut serta dalam persatuan Ducati Malaysia. Jadi apa keseronokan dan kepuasan yang Alif capai dalam aktiviti ini?
Keluar ‘ride’ sebegini seolah-olah meredakan tekanan, lebih-lebih lagi pabila terlalu lama bekerja. Paling menarik, di kelab motor ini, setiap ahlinya punya sense of ‘brotherhood’.
Sasaran Alif dalam industri ini?
Saya bercita-cita mahu rancakkan industri muzik tanah air dengan memberi ‘warna’ muzik yang berbeza. Pada saya muzik seharusnya menyeronokkan, not a ‘rocket science’.
Yang tidak seronok pabila bergelar selebriti?
Pabila ada yang merenung sewaktu saya sedang cuba menikmati keenakan nasi kandar dengan kari kambing…ha ha ha!
Keseksian wanita itu terletak pada……
Cara percakapan dan gaya tawanya, ia menyerlahkan keyakinan diri mereka. Confidence = sexy!