Mempunyai bakat seiring, dikurniakan wajah yang tampan pasti ia membuatkan ramai wanita yang terpikat dengan Fir. Cukup bertuah! Ayuh bersembang bersama jejaka berbintang Libra ini mengenai wanita dan rupa parasnya!
1. Cara terbaik untuk memenangi hati wanita?
Cara paling senang ialah be gentle to them. Wanita sukakan belaian dan sukakan lelaki yang romantis. Tetapi usah terlebih romantik kerana bimbang mereka akan berasa rimas.
2. Siapakah wanita yang paling cantik pada pandangan Fir?
Tentulah ibu saya sendiri, Puan Rasibah Sait.
3. Kali pertama Fir jatuh cinta?
Wah, soalan cepumas! Seingat saya sewaktu saya di tingkatan empat.
4. Siapakah pelakon wanita yang Fir idam untuk diganding bersama?
Terlalu ramai! Antaranya Ramona Zamzam, Neelofa, Siti Saleha, Fasha Sandha, Nabila Huda. Semuanya hebat-hebat belaka. Oh, teringin juga mahu berdamping bersama Agnes Monica..
5. Dikurniakan wajah yang sedap dipandang, adakah Fir merasakan aset itu memudahkan Fir untuk terjun ke bidang lakonan/nyanyian?
Ya, mungkin! Tidak saya nafikan paras rupa adalah antara kurniaan Allah tetapi bagi saya kesungguhan itulah ‘aset’ yang paling penting untuk kekal di dalam industri ini. Bakat juga penting.