Lelaki yang tidak pernah sunyi dengan kontroversi, bulan ini kami ingin memanaskan ruangan Lelaki Bulan ini dengan menampilkan Mohd Saifullah bin Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan Gambit. Oleh kerana Jun merupakan edisi perkahwinan kami, penulis Hafizan Mohd mencungkil rahsia wanita dan perkahwinan impian lelaki yang turut muncul di dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia ini.
TIP MENGATASI MASALAH PERUT BOROI >>
Gambit menyatakan wanita yang memahami dan penyabar adalahn aspek yang harus ada di dalam diri pasangannya. Dia mahu wanita yang bijak menilai situasi untuk berlembut atau bertegas dengannya. Gambit cuba mengelak untuk bersama dengan wanita yang mengada-ngada, gedik, perasan dan ‘feeling’ berlebihan. Jika sebelum ini Gambit mempunyai niat untuk mengakhiri zaman bujangnya setelah mencecah umur 28 tahun, kini Gambit berterus terang yang dia masih mencari erti sebenar kasih sayang.
**Ikuti temubual penuh bersama dengan Gambit di halaman 236 EH! keluaran Jun sekiranya anda mahu tahu majlis perkahwinan idamannya!