Kepada anda yang sudah menonton filem Horrible Bosses, anda pasti dapat melihat bagaimana Jennifer Aniston melakukan gangguan seksual kepada pekerjanya di pejabat. Hal ini sebenarnya berlaku di dunia sebenar namun tidak digembar-gemburkan seperti gangguan seksual terhadap kaum wanita. Pada tahun 2011, 16.3 peratus kes gangguan seksual di Amerika melibatkan kaum lelaki.
SENARAI BEST MALE NAKED CELEBRITY >>
KE MANA LELAKI BUJANG SELALU PERGI? >>
Situasi ini sering berlaku di pejabat-pejabat yang didominasi atau diketuai oleh kaum wanita. Caranya sama seperti gangguan seksual yang berlaku di kalangan wanita iaitu secara lisan, visual atau fizikal yang berbaur seksual. Walaupun percakapan yang berunsur komedi yang berbaur seksual, sekiranya anda kurang selesa, ia boleh dianggap sebagai gangguan seksual.
JALANI 100 PEMBEDAHAN PLASTIK UNTUK MENJADI ANAK PATUNG KEN >>
PERKARA YANG LELAKI TIDAK MAHU WANITA TAHU >>
Sekiranya anda mengalami gangguan seksual oleh rakan atau majikan wanita di pejabat, apa yang perlu anda lakukan?
1. Terus-terang katakan yang anda tidak selesa dengan perbuatannya.
2. Sekiranya tidak berkesan, tulis apa yang berlaku secara terperinci sebagai bukti bertulis dan buat surat untuk menyuruhnya berhenti melakukan perbuatannya. Simpan satu salinan surat tersebut.
3. Sekiranya masih tidak berkesan, minta bantuan rakan anda menjadi saksi kejadian tersebut dan dapatkan sokongan mereka untuk membuat laporan kepada pihak atasan.
4. Sekiranya pihak atasan tidak mempedulikan laporan anda, sudah tiba masanya anda mengambil tindakan undang-undang.