Pendatang baru di dalam dunia hiburan ini bagai diberi laluan mudah memenuhi tuntutan layar kaca semasa. Namanya menjadi sebutan melalui siri Juvana sehingga ke siri hangat Cinta Elysa. Senyap kisah tentang hubungannya dengan aktres Fasha Sandha, Johan dikaitkan pula dengan hot mama, Nabila Huda yang juga menjadi pendamping dalam siri Pelangi Kasih. Ikuti 5 soal jawab menarik dengan jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini!
MENGAPA MEMILIH BIDANG LAKONAN?
Saya mengangap bidang lakonan juga sebagai salah satu cabang dakwah yang mana saya boleh mendalami dan memahami sisi lain karakter setiap manusia.
JIKA BUKAN BERLAKON?
Saya masih belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Melaka dalam bidang kaunseling dan mahu bergelar kaunselor.
WANITA PILIHAN JOHAN?
Bertudung, bertanggungjawab dan taat.
BAGAIMANA ANDA MENGHADAPI GOSIP?
Saya banyak memuhasabah diri dengan melakukan solat serta membaca Al-Quran. Selain itu, muzik adalah terapi terbaik untuk saya jadi lebih tenang.
ANDA INGIN TUA SEPERTI?
Sham Kamikaze. Saya melihat transisi hidupnya daripada seorang rock star kepada seorang yang kembali ke right track sekarang.