FAKTA MENARIK MENGENAI CHANNING TATUM >>
Sememangnya sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai jejaka yang mula dikenali daripada rancangan realiti Akademi Fantasia ini. Pemilihan Anding Indrawani Zaini dianggap perfect oleh penulis gaya hidup kami, Hafizan Mohd kerana bertepatan dengan body issue pada bulan ini. Anding yang kini lebih aktif dalam bidang pengacaraan dan bakal memeriahkan Teater Muzikal Chow Kit Road, mengatakan sikap obsess mengenai penjagaan badan adalah satu penghargaan kerana sering menjadi rujukan ramai di samping dapat mengekalkan tahap kesihatannya pada paras optimum.
KE MANA KAER AZAMI MENGHILANG? >>
Selain menjadi pengunjung gimnasium yang setia, Anding gemarkan aktiviti luar seperti berkayak, rock climbing dan jungle tracking untuk memberikan variasi kepada aktiviti senamannya. Anding turut berasa bertuah kerana dikelilingi oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menganggap rakan-rakan di gimnasium sebagai motivasi terbaik untuknya bersenam setiap hari.
**Lebih rahsia penjagaan badan oleh Anding di halaman 228, EH! keluaran Mei.