Namanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kebolehannya mengacara TV memang tidak boleh disangkal lagi. Awal Ashaari, 32 tahun merupakan anak jati Kuala Lumpur. Seringkali mendengar dari rakan media kalangan krew produksi yang memuji sikap Awal Ashaari yang professional dalam apa jua tugas yang di beri jadi tak hairanlah jika muka ini sahaja yang menghiasi kaca TV di rumah kan?
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur membuatkan Awal pernah terlintas untuk berhijrah ke Eropah namun semuanya berubah apabila dia telah memiliki segalanya di sini.
Awal yang telah berkahwin dengan actress jelita Scha Alyahya pada 2012 berkongsi dengan team EH! tentang aktiviti masa lapang dia dan isteri jika tidak bekerja ialah café hunting. Mereka suka mencuba makanan dan yang menjadi kegemaran mereka ialah Shucked Oyster & Seafood Bar di Ben’s Publika.
Jangan disangka lelaki ini tak pegang sudip dan kuali tau. Apabila ditanya oleh penulis kami tentang bakatny yang belum dilihat ramai, jawapannya ‘Saya boleh memasak seperti seorang Masterchef!’
Untuk cerita yang lanjut, jangan lupa dapatkan majalah EH! edisi Ogos di pasaran.