Lelaki mempunyai banyak cara untuk cuba mendapatkan kamu. Bagaimana dia cuba menarik perhatianmu, bagaimana dia cuba membuat kamu tertawa atau pura-pura tersentuh tanganmu. Semua ini menunjukkan yang dia berminat. Tetapi kamu juga boleh mengetahui yang dia menyukai kamu hanya dengan melihat ke matanya. Mari kami ajar bagaimana untuk mengetahui jika seseorang lelaki itu tertarik padamu dengan hanya membaca pergerakan matanya.
SELEBRITI TANPA PAKAIAN TERBAIK >>
Merenung Malu
Sekiranya anda berdua sedang berkomunikasi, tenung matanya. Dia pasti akan merenung kembali dan jika dia tewas dengan tenungan anda selepas beberapa saat, ini bermakna dia tertarik dengan anda. Kebanyakan lelaki akan menunduk malu setelah ditenung oleh wanita yang disukainya dan merenung kembali setelah hilang sedikit perasaan malunya.
KE MANA LELAKI BUJANG SELALU PERGI >>
Mengangkat Kening
Perhatikan keningnya. Sekiranya dia ada mengangkat sedikit keningnya ketika berbicara denganmu atau ketika berada berhampiran denganmu, ini bermakna yang dia berminat!
PERKARA YANG LELAKI TAKUT ANDA TAHU >>
Curi-curi Pandang
Sekiranya anda berada berhampiran dengannya, dia memandang anda namun begitu apabila anda melihatnya kembali, dia mula mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Berita baik untukmu kerana si dia malu tetapi mahu!
APA AGAKNYA YANG LELAKI SUKA PERHATIKAN? >>
Pandangan Ekor Mata
Pandangan sebegini digemari oleh rata-rata lelaki ego. Si dia mahu memandangmu tetapi bimbang akan tewas dengan renungan yang dibalas olehmu. Jadi mereka playsafe dengan memandang anda dari ekor matanya sahaja.