Anda berdua sememangnya mahu bersama tapi tidak tahu apa silapnya, tiba-tiba si dia memilih untuk terus lena diulit mimpi dan mematikan langkah seterusnya untuk memadu kasih bersama anda. Apakah sebab-sebabnya?
TERMA SEKS RAHSIA DI INTERNET >>
Anda Lambat
Oleh kerana ingin kelihatan menawan di hadapannya, anda membuatkan pasangan tunggu terlalu lama, menantikan anda yang menghabiskan masa di dalam bilik mandi untuk bersiap. Dia yang selesa dengan penampilan anda yang semula jadi akhirnya tertidur kerana penat menunggu.
STRATEGI UNTUK BERHENTI BERTENGKAR >>
Komen Berpada-pada
Memang post-mortem itu penting untuk memperbaiki perhubungan seksual anda berdua, namun begitu komen anda terhadap prestasi si dia haruslah berlapik. Disebabkan teringat kritikan anda, si dia tetap mengatakan tidak walaupun anda cuba menggodanya.
JANGAN CUBA POSISI SEKS INI! >>
Terlalu Diam
Wanita yang merengek manja ketika menjalani hubungan intim bersama suami dianggap seksi oleh kaum lelaki. Janganlah terlalu senyap ketika melakukan hubungan seks kerana si dia akan merasakan anda seperti tidak berminat kerana anda tidak respons dengan apa yang dilakukannya.
BERCUMBU MENINGKATKAN DAYA IMUN >>
**Artikel 8 Pantang Larang di Kamar Tidur oleh Izni Jalil boleh dibaca di halaman 206 EH! keluaran Mei.