Mereka yang menonton filem Sex & the City 2, pasti menyedari kelibat jejaka kelahiran Kanada ini. Walau hanya beberapa saat namun ekspresinya meninggalkan kesan kepada penonton. Babak lakonannya – ketika dia terkejut tatkala melihat kehadiran Liza Minelli sewaktu koir perkahwinan dinyanyikan. Itulah Ryan Silverman. |
![]() |
Selain muncul dalam filem box office, Ryan turut pernah berlakon dalam siri hit Gossip Girls! Sekali gus menjadikan EH! berasa bertuah kerana berpeluang menemubual pelakon ini yang kini aktif dalam pementasan teater. EH! online kali ini memaparkan serba sedikit maklumat menarik tentang jejaka yang mesra lagi tampan ini!
Ryan Silverman
![]() |
|
Saksikan nyanyian bertenaga Ryan yang mempersembahkan lagu ‘Should I’ menerusi klip video Youtube ini!
Petikan kata-kata menarik dalam bicaranya bersama Timbalan Pengarang Kecantikan dan Gaya Hidup EH!, Khairul Abidin khas untuk pembaca setia EH!
Bicaranya tentang perasaan tiap kali di pentas…
“Nervous. Biar pun sudah berulang kali, perasaan gementar itu tetap ada. Dan dalam masa yang sama perasaan teruja juga ada. Tetapi, perasaan gemuruh juga yang menghembuskan semangat untuk saya lakukan yang terbaik. Tindak balas dan reaksi penonton juga banyak membantu.”
Bicaranya tentang petua menjaga suara dan tenaga ketika beraksi dalam pementasan…
“Saya akan menyanyi sebanyak mana yang saya boleh setiap hari. Menyanyi ibarat kita bersenam. Pabila kita sering bersenam maka otot-otot kita akan terbiasa dengan regangan yang kita lakukan. Begitu juga dengan suara. Pabila kita sudah lama tidak menyanyi, tekak mudah berasa sakit. Contohnya, pagi ini saya teruskan latihan menyanyi biar pun mungkin mengganggu mereka yang menginap di tingkat hotel yang sama.. ha ha ha.”
![]() |
Ryan Silverman turut memiliki laman Facebook! |