Di antara ramai jurulatih kecergasan tempatan, Kevin Zahri merupakan yang paling dikenali ramai. Digelar sebagai ‘Cikgu Fitness’ Kevin sudah berkecimpung di dalam bidang ini selama lebih sepuluh tahun. Walaupun mempunyai kelulusan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, minatnya terhadap sukan sejak sekolah lagi mendorongnya membina kerjaya di dalam industri kecergasan.
Menurut bapa kepada dua orang anak ini, badan idaman yang sihat tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Tindakan sesetengah individu mengambil steroid dan pil kurus disifatkan sebagai kesilapan yang besar. Bagi Kevin, lelaki sepatutnya lebih memberi perhatian kepada bentuk tubuh badan kerana wanita telah dilahirkan dengan bentuk tubuh yang cukup sifatnya dan menarik. Menurutnya lagi, keyakinan merupakan kunci utama untuk setiap individu dan ukurannya tidak terletak pada bentuk badan seseorang.
**Untuk temubual penuh Kevin Zahri bersama Hafizan Mohd, selak ke halaman 224 EH! keluaran Mei.