Sudah lama anda bersama dengan kekasih hati sehinggakan keluarga sudah bertanya bilakah anda mahu menamatkan zaman bujang? Namun begitu anda masih keliru dan tidak tahu sama ada si dia adalah pasangan hidup yang sesuai dan tepat untuk anda. Kami ada empat tip untuk menjawab persoalan – adakah anda bersedia untuk melamarnya?
APABILA BULAN CINTA MENJADI BULAN PERPISAHAN >>
Si Dia Diterima Keluarga
Perihal pertama yang harus dititik beratkan adalah penerimaan keluarga masing-masing. Perkahwinan bukan hanya melibatkan dua individu tetapi hubungan pasangan dengan keluarga anda merupakan salah satu faktor penentu kebahagiaan. Banyak kes perceraian berlaku disebabkan campur tangan keluarga di dalam sesebuah perkahwinan. Sekiranya si dia boleh menerima keluarga anda seperti keluarganya sendiri dan keluarga anda turut mula menyayangi si dia seperti saudara sendiri, nampaknya anda sudah mendapat lampu hijau untuk melamarnya.
KOLEKSI PENGANTIN PERTAMA ALIA BASTAMAM >>
Anda Tidak Mengingati Bekas Kekasih
Pastikan si dia merupakan satu-satunya wanita yang berada di dalam hati anda, selain daripada ibu anda. Sekiranya anda masih mengingati bekas kekasih, jangan sesekali anda melamar si dia kerana peratusan untuk anda curang dengan bekas kekasih adalah sangat tinggi. Cuba ajak bekas kekasih anda keluar dan sekiranya anda tidak merasakan apa-apa atau masih mengingati si dia, anda sudah bersedia untuk melamarnya.
NOSTALGIA PERKAHWINAN DATIN SOFEA JANE >>
Selesa dan Percaya
Anda perlu tahu yang perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat anda. Itulah satu-satunya wanita yang bakal bersusah senang bersama anda. Jadi, anda harus selesa untuk berkomunikasi mengenai segala hal dengannya. Dialah kawan, kekasih dan bakal ibu kepada bakal anak-anak anda. Anda perlu menjadi diri sendiri ketika bersamanya dan tidak segan untuk berkongsi rahsia bersama. Sekiranya dia selesa menerima kelemahan diri anda dan anda tidak peduli dengan kisah silamnya, mungkin sudah masanya anda menghantar rombongan merisik.
LIYANA DAN FATHUDDIN KINI SUAMI ISTERI >>
Persediaan Anda Jauh Lebih Penting
Tanya diri anda, sama ada anda sudah bersedia untuk meninggalkan sesi lepak bersama dengan kawan-kawan anda? Adakah anda bersedia untuk bersama-sama membuat kerja rumah dengan bakal isteri? Adakah anda bersedia untuk membina keluarga, bergilir-gilir bangun setiap malam untuk menukar lampin anak dan menjaga isteri ketika di dalam pantang? Adakah anda mampu membimbing keluarga dan memikul tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga? Sekiranya jawapan anda tidak, janganlah menyeksa anak dara orang. Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk berumah tangga.