Suatu ketika dahulu, namanya tidaklah sebesar bintang kecil yang lain, seperti Mary-Kate dan Ashley ataupun Macaulay Culkin. Sememangnya sebelum ini dia agak low profile mengenai zaman kanak-kanaknya. Siapa sangka pemenang Anugerah Grammy ini pernah menyanyi dan menari di atas pentas sebagai Elvis seawal umur dua tahun dan ketika dia berusia enam tahun, dia membawakan watak ‘Elvis Jr.’ di dalam filem ‘Honeymoon in Vegas’ yang dilakonkan oleh Nicolas Cage dan Sarah Jessica Parker. Jom kita saksikan kecomelan Bruno Mars sebagai Elvis di dalam adegan yang dipetik daripada filem tersebut.
KEGEMILANGAN ANUGERAH GRAMMY KE-54 >>
Keputusan Bruno Mars atau nama sebenarnya Peter Gene Hernandez untuk tidak terlalu aktif di dalam bidang seni ketika zaman kanak-kanak tidak bererti dia akan menyepi selamanya. Kerana bakatnya, dia terus sahaja memperjuangkan impian untuk menjadi penyanyi dan pencipta lagu yang tersohor. Patutlah gaya tariannya boleh membawa kita mengimbau kembali kepada penyanyi terkenal zaman 60-anJames Brown, rupa-rupanya Bruno Mars sememangnya berjiwa klasik sejak kecil lagi. Mari kita saksikan pula persembahan Bruno Mars di bawah ini yang merupakan salah satu daripada ‘favourite’ kami dan cuba anda bandingkan kedua-dua persembahannya. Mana yang lebih bagus?
MAJLIS KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 55 MEMBOSANKAN? >>
CHANNING TATUM MENGHIDAP PENYAKIT DYSLEXIA PADA ZAMAN KANAK-KANAK? >>