Dikenali dengan panggilan Tuah dahulunya, kini penyampai radio Suria.FM lebih selesa dengan panggilan Tyzo. Sebelum tujuh tahun bergelar juruhebah radio, anak jati kelahiran Ipoh, Perak ini memulakan kerjayanya sebagai anak seni dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Lakonannya menghiasi kaca televisyen menerusi drama Kawan, Gayah Enterprise serta Asmara Ikan Patin. Seterusnya, kredibiliti Tyzo dalam bidang pengacaraan menyerlah menerusi program Arena Global, Pesan Oasis dan Hitz1.
Ayuh bersama Jejaka cool berambut panjang ini menjawab 5 soalan segalanya mengenai wanita dan cinta!
1. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh lelaki sewaktu janji temu pertama?
Ramai yang berkata be yourself tetapi sejujurnya saya rasa ramai yang cuba tunjukkan kualiti diri yang terbaik. Jaga perilaku, usah tunjukkan tingkah laku yang tidak disenangi. Lama-kelamaan pabila orang sudah suka, mereka sendiri sedar dan nampak true colour diri kita.
2. Cara terbaik memenangi hati wanita?
Mesti bijak bermain kata. Liuk lentok, bahasa tubuh memainkan peranan untuk buat seseorang wanita itu cair. Ha..Ha..Ha…
3. Lengkapkan ayat ini “Keseksian wanita itu terletak pada……”
Cara seseorang wanita itu membawa diri. Ia tidak dinilai melalui apa yang membalut tubuh seseorang. Perilaku itu lebih penting.
4. Lagu cinta yang paling anda gemari?
Segalanya Pasti – Aida Agil. Kala saya berduka, ingat kisah lampau, lagu itu akan jadi pemangkin semangat untuk saya harungi hidup yang fana ini. Bait lirik dan melodinya buatkan saya jadi lebih tenang.
5. Filem cinta yang tidak jemu ditonton?
P.S. I love You.
Banyak lagi tentang Tyzo tidak diketahui disini. Jangan lupa dapatkan Eh! Februari 2012 di pasaran untuk membaca artikel ini selanjutnya!