Anda fikir anda hanya perlu beretika ketika makan, bekerja atau memandu di jalan raya? Nampaknya anda silap. Anda harus mengikut etika ketika anda bersama suami atau isteri juga. Ada banyak yang perlu anda tahu tetapi untuk permulaan kami senaraikan beberapa etika asas untuk anda cuba praktikkan.
PENYEBAB RASA SAKIT KETIKA SEKS >>
Bersih dan Wangi
Sekiranya anda impikan pasangan untuk menerokai tubuh badan anda dengan mulut dan lidahnya, pastikan anda berada di dalam keadaan yang bersih dan wangi. Sekiranya sudah merancang untuk bersama di malam minggu, janganlah pula anda makan lebih bawang atau cendawan shitake yang boleh memualkan pasangan ketika anda bercumbu. Penggunaan minyak wangi penting untuk menaikkan lagi berahi pasangan anda.
SEBAB UTAMA LELAKI TOLAK SEKS >>
Kepuasan
Sesetengah orang hanya akan mementingkan kepuasan sendiri sahaja dengan menjadi ‘bos’ ketika bersama dan hanya menyuruh pasangan memuaskannya. Selepas itu, pasangan dibiarkan kegersangan. Tindakan sebegini sungguh tidak beretika. Apa yang perlu anda berdua lakukan adalah mengambil giliran masing-masing, bukan hanya mementingkan diri masing-masing.
TIP PERHUBUNGAN DENGAN KEKASIH GILA KERJA >>
Hormat
Sememangnya bagus sekiranya anda berdua mahu mencuba posisi yang baru untuk menambahkan kehangatan di dalam perhubungan. Tetapi sekiranya salah seorang daripada anda tidak selesa, hormat keputusan mereka. Cuba bertimbang rasa dengan pasangan. Sekiranya salah seorang daripada anda berbadan besar, pilih posisi yang memudahkan anda berdua. Toleransi dan hormat menghormati bukan sahaja penting di dalam perhubungan, tetapi juga di atas katil.
Post Mortem
Setelah anda berdua bersama, tidak salah sekiranya perbincangan mengenai prestasi kalian dijalankan. Komunikasi yang berkesan penting untuk memastikan kehidupan seks anda berdua berjalan dengan lancar. Namun begitu, berbincanglah dengan baik tanpa melukakan hati pasangan.