Rata-rata kita tengok buffet berbuka puasa semuanya RM50 dan ke atas. Ya lah, kalau sudah namanya ke hotel mewah janganlah persoalkan harganya.
DATING SEHARIAN DENGAN RM50 SAHAJA! >>
Makan secara buffet akan jadi berbaloi jika kamu memang kuat makan! Di tengah bulan ini kamu bingung tak tahu mana nak bawa kekasih hati berbuka puasa? Jangan risau EH! ada penyelesaiannya.
Tak perlulah berbuka di hotel, apa kata kamu bawa pasangan ke the best bazaar Ramadan in town dan pilih sahaja juadah yang dijual tapi jangan sampai ikutkan lapar itu, nanti terlebih belanja pula! Hadkan perbelanjaan setakat RM20 sahaja, cukup untuk dua makanan, dua air dan sedikit kuih.
Gambar: ejoesolutions.com
Kemudian pergi ke kawasan lapang seperti Dataran Shah Alam, sekitar Putrajaya atau di mana sahaja kawasan tumpuan di tempat kamu untuk berbuka puasa. Berbuka dengan cara yang lebih santai begini kadangkala seronok!
Gambar: virtualmalaysia.com