Tidak lalu makan, tidak boleh tidur malam, mula senyum seorang diri dan hati sentiasa berdebar-debar. Jatuh cinta sekali lagi? Oh tidak! Anda mungkin berada dalam situasi bahaya jika merasai perasaan sebegini sedangkan anda sudah berpunya. Usah terjebak kerana potensi berundur amat sukar.
Kenapa & Mengapa? | Bosan? | |
Perasaan suka atau cinta walau sudah berpunya timbul apabila kita menerima dengan mudah faktor seperti chemistry, takdir dan jodoh. Lebih parah jika niat cinta itu tidak sekuat cinta sebelumnya. Minda akan mula membandingkan dan memberi alasan berpaksikan perasaan semata-mata walhal perasaan cinta itu sendiri maksudnya lebih subjektif. | Tempoh percintaan yang lama boleh menyebabkan rasa bosan. Hati dan minda harus kuat kerana hal remeh temeh juga mampu menjadi punca pergaduhan. Usah jauhkan diri sebaliknya ambil langkah berlawanan dengan mendekatkan diri antara satu sama lain. | |
Salah atau Benar untuk Jatuh Cinta lagi? |
Jalan Penyelesaian | |
Soalan ini hanya mampu dijawab oleh tuan punya badan. Anda adalah penasihat terbaik untuk diri sendiri. Jangan terburu-buru membuat keputusan lebih-lebih lagi jika ianya mengundang kekecewaan kepada yang tersayang. Bunyinya seperti menganiaya. Berhenti membandingkan mereka sebaliknya ingatlah kebaikan yang pernah si dia lakukan. | Pilihlah yang terbaik. Usah pula terlalu negatif jika jatuh cinta sekali lagi membawa perubahan lebih baik buat diri sendiri. Perpisahan adalah langkah terbaik jika hilangnya persefahaman namun jangan jadikannya sebagai alasan untuk bertukar pasangan secara sengaja. Percayalah pada karma. |