Ramai yang bersetuju sekiranya kami mengatakan, ciuman merupakan sesuatu yang jauh lebih intim dan istimewa berbanding dengan hubungan seks. Bercumbu mampu membuatkan pasangan bertenaga dari segi mental dan fizikal. Berikut merupakan beberapa kebaikan bercumbu yang mungkin anda tidak tahu.
Meningkatkan Daya Imun
Kajian oleh jurnal Medical Hypotheses mengatakan ciuman mampu meningkatkan daya imun wanita mengandung, menghalang jangkitan virus Cytomegalo yang boleh menyebabkan anak yang dikandung buta atau cacat. Bercumbu juga dikatakan boleh memperkasakan pertahanan badan.
TEKNIK CIUMAN KASIH SAYANG MESTI CUBA >>
Bakar Kalori
Ciuman mampu membakar 6 kalori seminit. Mengikut kiraan, sekiranya anda dan pasangan bercumbu selama sejam, anda boleh membakar kalori segenggam coklat yang anda makan pada waktu makan tengah hari!
PAKAIAN SEKSI PADA MATA LELAKI >>
Menguatkan Otot Muka
Kepada yang mahukan muka yang berbentuk V, bercium dengan pasangan adalah salah satu cara untuk mendapatkan wajah yang lebih langsing! Menurut penyelidik, anda menggunakan 30 otot wajah ketika bercumbu dan ini mampu menguatkannya sekali gus membantu anda membuat senaman muka.
JANGAN KATAKAN INI KETIKA SEKS >>
De-stress
Menurut kajian saintifik, ciuman mampu meningkatkan tahap Oxytocin, iaitu enzim penenang semula jadi di dalam badan serta Endorphins, enzim kegembiraan semula jadi badan dan Dopamine yang menambahkan perasaan romantis terhadap pasangan. Kesemua enzim ini mampu membuatkan anda melupakan segala tekanan yang dialami.
Kesihatan Oral
Menurut majalah Dental Health, ciuman menambahkan pengaliran air liur yang mampu membuatkan mulut, gigi dan gusi kekal sihat. Oleh kerana ia meningkatkan daya tahan badan, jangkitan pada mulut juga dapat dielakkan.