Setiap individu yang masih bujang mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka selesa dengan cara hidup tersebut. Namun yang menjadi masalah adalah tekanan yang dihadapi daripada orang sekeliling. Ramai berasa tertekan kerana keluarga asyik bertanya bila mereka mahu berkahin dan ada juga tertekan kerana sesetengah ketua di tempat kerja bersifat berat. Ada majikan lebih suka kepada mereka yang sudah berkahwin kerana ia menunjukkan seseorang itu tidak fobia dengan komitmen.
SALAHKAH WANITA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA? >>
RANI RAMADHANY PEMAIN DRAM TERCANTIK? >>
Adakah anda antara mereka yang turut dibelenggu masalah ini? Penyelesaiannya ada di depan mata sekarang ini. Laman sesawang seperti fakegirlfriend.com menyediakan perkhidmatan pasangan palsu kepada yang memerlukannya. Anda boleh memilih kriteria pasangan yang anda inginkan dan hanya perlu membayar $250 sebulan untuk kekasih palsu anda. Kekasih anda akan mula berinteraksi di laman-laman sosial atau menghantar mesej ke telefon bimbit anda untuk menunjukkan yang anda sudah berpunya. Nota romantik di laman sosial yang begitu meyakinkan boleh membuatkan rakan, keluarga serta bos anda terpedaya dan anda juga turut terbawa-bawa dengan perhubungan palsu itu. Namun begitu, pakej ini tidak melibatkan sebarang temujanji dengan kekasih palsu anda.
CINTA MAYA KARIN DAN REMY ISHAK MULA BERPUTIK? >>
Di China, perniagaan kekasih palsu ini sememangnya membawa keuntungan terutamanya ketika menjelang tahun baru Cina. Apabila melawat saudara mara, mereka yang bujang tertekan dengan sanak saudara mengajukan soal perkahwinan. Penyelesaian mudah adalah dengan membawa pulang kekasih palsu yang berharga $75 – $100 sehari. Anda harus membayar lebih sekiranya mahukan kekasih palsu membuat kerja rumah seperti memasak atau tidur sebilik tetapi hubungan seksual tidak digalakkan sama sekali. Ramai yang melanggan kepada perkhidmatan ini kerana tidak mahu mengecewakan ibubapa mereka. Jadi bagaimana? Adakah anda juga memerlukan kekasih palsu?