Mimpi seks atau mimpi basah merupakan sesuatu yang normal tidak kira bagi lelaki mahupun wanita. Tetapi pernah kah terfikir apakah makna di sebalik mimpi seks yang anda alami?
Mimpi Seks Bersama Selebriti
Sekiranya di dalam kehidupan sebenar, anda tidak dapat berkahwin dengan Ryan Gosling mahupun Aaron Aziz, tetapi mimpi tidak membataskan semua ini. Menurut pakar, bagi anda yang masih bujang, sekiranya anda bermimpi melakukan hubungan seks bersama selebriti, ia memberikan mesej kepada anda yang ramai lelaki mempunyai ciri-ciri idaman anda di luar sana dan ia memberi petunjuk kepada anda tentang lelaki yang anda idamkan, sekiranya anda masih keliru.
PENYEBAB RASA SAKIT KETIKA SEKS >>
Jika anda telah berkahwin tetapi masih bermimpi melakukannya dengan selebriti, ini bermakna pasangan anda tiada ciri-ciri yang anda idamkan. Ada juga kajian yang mengatakan sekiranya anda bermimpi melakukan hubungan seks dengan selebriti, anda merupakan seorang yang sukakan populariti, kekayaan, pengiktirafan dan anda dahagakan perhatian.
Mimpi Seks Bersama Bos atau Rakan Baik
Anda mungkin merasakan yang mimpi ini adalah mimpi yang paling buruk dalam sejarah hidup anda, terutamanya jika bos anda seorang yang berusia, berperut boroi dan botak! Tetapi ia sebenarnya menunjukkan yang anda mengagumi mereka. Menurut penulis buku Creative Dreaming, Patricia Garfield, anda idamkan kualiti yang ada pada ‘pasangan’ anda di dalam mimpi tersebut. Mungkin anda mahu berjaya seperti bos anda atau yakin seperti rakan baik anda.
APABILA SELEBRITI BERBICARA MENGENAI SEKS >>
Mimpi Seks di Khalayak Ramai
Alamak, memalukan sungguh. Nasib baik ia hanya mimpi. Sekiranya anda bermimpi melakukan hubungan seks di hadapan orang ramai dan merasa sangat tidak selesa dengan keadaan itu, anda sebenarnya sangat risau dengan cakap orang tentang perhubungan anda dengan si dia. Tanya diri anda, adakah anda risau rakan-rakan tidak menyukainya atau risau ibu bapanya tidak merestui hubungan anda berdua? Faktor ini merupakan penyebab anda mengalami mimpi sebegitu.
PENGAJARAN DARIPADA FILEM HE’S JUST NOT THAT INTO YOU >>
Mimpi Curang dengan Pasangan
Mimpi sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kehidupan sebenar. Sekiranya anda baru sahaja membuat keputusan besar di dalam perhubungan anda, contohnya mungkin anda baru sahaja menerima lamaran si dia, adalah sangat normal sekiranya anda bermimpi melakukan seks dengan orang lain dalam erti kata lain, curang dengan pasangan sebenar. Tetapi ia tidak membawa maksud yang anda sebenarnya menyesal menerima lamaran pasangan anda. Mimpi pun boleh mengalami cold feet!
SEKS EMPAT KALI SEMINGGU JAMIN AWET MUDA? >>
Mimpi Pasangan Curang
Anda bermimpi yang pasangan anda melakukan seks dengan orang lain dan terus bangun dengan perasaan marah. Sudah tiba masanya untuk anda menilai semula perhubungan anda berdua. Makna di sebalik mimpi anda adalah perasaan anda banyak diabaikannya mungkin kerana si dia seorang yang kuat bekerja atau perasaan anda terhadapnya lebih dalam berbanding perasaannya terhadap anda.