Kritieria untuk memiliki cinta idaman yang 100 peratus sempurna sememangnya mustahil! Tetapi dengan sedikit ‘pembetulan’, anda mampu memilikinya. Buang saja senarai kriteria cinta ideal yang lama dan gantikan dengan yang baru!
Senarai cinta ideal lama |
Senarai cinta ideal baru |
|
1. | Dia perlu memiliki ketinggian dan jawline yang sempurna bak patung Ken Barbie! | Aku mahu berasa selamat, dihargai dan feminin dalam dakapannya |
2. |
Kulit yang cerah, tampan dan mata yang cantik (agar zuriat yang dilahirkan selepas berkahwin turut memiliki ciri-ciri bapanya!) |
Aku mahu menghargai apa sahaja anugerah Tuhan yang ada pada dirinya |
3. |
Dia perlu bijak dan hebat dalam hidupnya sepertimana si dia mahir bermain Playstation! |
Aku mahu berkongsi apa sahaja topik yang boleh mematangkan fikiran dan minda bersamanya |
4. |
KAYA!!! |
Aku berbangga atas apa saja yang dilakukan si dia untuk keselesaan hidup kami bersama |
5. |
Dia perlu memberi pujian diriku cantik dan sempurna, setiap hari. |
Aku mahu berasa cantik selalu. Solekan, tata gaya yang trendy dan personaliti menarik perlu dimantapkan lagi. |
6. |
Dia perlu menjadi seorang pendengar setia yang baik. |
Cukup sekadar diriku difahami dan dibantu secara mental dan fizikal kala memerlukan. |
7. |
Dia mesti seorang yang kelakar dan seronok untuk didampingi. |
Kami akan sentiasa menonton filem komedi dan berkongsi kisah lucu untuk mencipta keseronokan. |
8. |
Dia mesti tahu berfesyen! |
Kami akan berbincang gaya selesa yang perlu dicuba bersama! |