Minggu lalu kita dikejutkan dengan video rakaman CCTV dalam lif sebuah hospital dimana seorang penjawat awam memukul isterinya dihadapan anak-anak yang masih kecil. Rata-rata memberikan reaksi negative terhadap kes ini. Bagi saya, hal sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi isteri dipukul dihadapan anak-anaknya.
Gambar: www.emirates247.com
Apa yang perlu kamu lakukan sekiranya pasangan kamu adalah seorang kaki pukul?
PASANGAN JARANG BERGADUH HIDUP LEBIH LAMA >>>
Kenali Pasangan Kamu
Sebelum menjalani hubungan yang lebih serius, uji pasangan kamu dahulu. Sekiranya dia seorang yang cepat naik angin dan panas baran, dia mungkin seorang calon kaki pukul. Perhatikan cara dia mengamuk, jika dia suka menghentak barang atau membaling objek, kamu dah boleh mula ambil langkah menjauhkan diri.
Jangan Mencabar Pasangan
Kadang-kadang apabila berlaku pertengkaran, emosi seseorang itu sukar untuk dikawal. Ketika ini, kawal perasaan kamu dan cuba tenangkan pasangan. Jangan sesekali mencabar atau melakukan provokasi pada si dia kerana itu mungkin akan menimbulkan rasa geram dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.
Pukulan Pertama
Jika kamu dipukul untuk pertama kali dan ia meninggalkan kesan, ambil gambar kesan tersebut dan catatkan masa dan tarikhnya sebagai bukti. Kerana ini mungkin permulaan untuk pukulan yang seterusnya. Jangan melawan, sebaliknya cari peluang untuk lari keluar rumah atau ke tempat yang ramai orang. Jika ia berulang, rekod semua bukti setiap kali kamu di pukul.
Kongsikan Cerita
Wanita yang menjadi mangsa pukul selalunya degil dan lembut hati. Mereka percaya yang pasangannya perlu diberikan peluang untuk berubah. Jika kamu tidak berhajat untuk melaporkan hal ini, kongsikan cerita pengalaman kamu dengan teman rapat supaya apabila sesuatu yang teruk berlaku kamu ada back up.
STRATEGI UNTUK BERHENTI BERTENGKAR >>>
Laporkan
Jangan tunggu sampai patah riuk baru nak ambil tindakan. Sayang itu ada hadnya. Laporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa supaya kamu dapat pengadilannya. Ketika inilah gambar bukti-bukti yang kamu di pukul berguna.
EH! nak pesan kepada semua wanita supaya jangan membenarkan diri kamu menjadi mangsa pukul lelaki. Ambil tindakan yang sewajarnya supaya hak kamu dapat di bela.
Hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 7957 5636 atau 03 7957 0636 atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8323 1000 untuk mendapatkan perlindungan.