Dalam membina perhubungan yang sempurna bukanlah mudah. Ada naik turunnya. Bergaduh dan bermasam muka sudah jadi perkara normal bagi pasangan bercinta. Tetapi, apa perkara yang sepatutnya dilakukan jika pasanganmu sedang marah? Hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Ambillah langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga hubungan baik.
1. Beri ruang
Pabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab, perkara yang terbaik adalah memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri. Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya.
2. Bertanyakan apa yang menganggu fikiran
Setelah segalanya reda, ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan. Komunikasi adalah penting! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah. Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi. Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.
3. Api amarah jangan dibalas dengan api
Api dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya! Walau bagaimana marah sekali pun si dia, janganlah dibalas dengan perasaan marah. Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar. Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya, pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit.
4. Layan dengan baik
Perasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara non-verbal boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia. Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya.