Kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin belum begitu matang apabila berbicara mengenai seks sehinggakan tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan kontraseptif. Ia adalah langkah pencegahan kehamilan atau penyakit kelamin yang sememangnya patut diketahui oleh rata-rata pasangan yang sudah berkahwin. Sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mengandung dan ada yang belum berkemampuan dari segi kewangan untuk menimang cahaya mata.
BRUNO MARS SEBAGAI ELVIS JR >>
PATRICK J ADAMS PANDAI MENARI POI? >>
Cara yang paling mudah adalah dengan pasangan wanita mengambil pil perancang. 75 peratus daripada lelaki merasakan penggunaan kontraseptif adalah tanggungjawab wanita sahaja. Namun begitu, apabila pil perancang untuk lelaki dikeluarkan, adakah mereka masih mempunyai pandangan yang sama?
KENALI LELAKI MELALUI TALI LEHERNYA >>
Di Amerika, ramai penyelidik sedang berusaha untuk menghasilkan pil perancang untuk lelaki dan ia dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Kini mereka masih lagi di dalam proses percubaan. Penghasilan pil perancang lelaki sememangnya agak mencabar bagi para saintis kerana lelaki menghasilkan seribu sperma sesaat. Untuk menjadikan pil itu berkesan sepenuhnya, ia perlu menghalang penghasilan sperma seratus peratus.
CHANNING TATUM PERNAH TERFIKIR UNTUK BUNUH DIRI? >>
Kajian yang dihasilkan kepada tikus putih menunjukkan ia sangat berkesan. Namun para saintis masih lagi ragu-ragu dan mahu meneruskan kajian mereka untuk menghasilkan pil perancang yang terbaik untuk lelaki. Persoalannya di sini, adakah lelaki sanggup menelan pil tersebut setiap hari bagi mengelakkan pasangannya daripada mengandung? Jangan terkejut kerana 70 peratus kaum lelaki di Amerika sanggup berbuat demikian.