Mungkin kedengaran agak desperate tetapi tidak salah jika anda yakin si dia sememangnya milik anda. Banyak kesilapan berlaku sewaktu breakup yang anda patut jauhi dan tips reverse psychology sebenarnya mampu memikat kembali bekas kekasih. Let’s do some homework dan pelajari teknik magis ini kerana ia bakal membuat si dia tak senang duduk melihat anda gembira or even crawling to get you back!
Jangan Merayu atau Hubungi Si Dia
Berhentilah menjadi stalker atau menghubunginya melalui SMS, Call, Chatting, Facebook atau Twitter! Just let him go for the moment dan biar dia merasakan anda gembira sekali melepaskannya. Tunjukkan anda cool and moved on, ia pasti mengundang tanda tanya di hatinya. |
Jangan Menyesal atau Berjanji
Elakkan dari menyalahkan diri sendiri dan jangan berjanji ingin berubah semata-mata untuk memenangi hatinya kembali. Ini tentu memudahkan si dia memutuskan hubungan sekiranya anda meletakkan sepenuh kesalahan ke atas diri sendiri. Be yourself dan bersikap jujur! |
Stay Strong & Play with Some Psychology
Lelaki menjadi lemah dan kasihan melihat kesedihan ex girlfriend mereka– Totally Wrong! Jangan sekali-kali menunjukkan anda bersedih dan kecewa. Berfantasilah secara psikologi yang anda akan bahagia di sampingnya pada masa hadapan. Lelaki tertarik dengan wanita yang confident! |
Fokus Pada Perkara Baru
Terokai hobi atau aktiviti baru bagi mengisi masa. Lupakan seketika bekas kekasih dan anda berpeluang menikmati pengalaman baru dengan aktiviti seperti melancong, bersukan, meyertai kelas tarian dan sebagainya. Si dia pasti teruja melihat perubahan anda yang langsung tidak bersedih dengan kehilangannya! |