KERAP DIKECAM PENTINGKAN DIRI, HAKIKATNYA RAMAI LELAKI PUNYA DIPLOMATIK TENTANG SEKS, DAN TERBUKA MENERIMA KOMEN SERTA KRITIKAN. WANITA CUMA PERLU BERI MASA UNTUK MEMAHAMI LELAKI DAN SEKS!
LELAKI SUKA PUJIAN
Sama seperti perempuan, lelaki juga sukakan pujian, lebih-lebih lagi tentang prestasinya di bilik tidur. Pabila dipuji tentu mereka akan memperbaiki prestasi dan dalam masa yang sama sifat tolak ansurnya berganda dan tidak mementingkan kepuasan sendiri. Tetapi usah berlebihan atau terlalu kerap
memuji kerana bimbang pujian anda sudah hilang keistimewaannya.
LELAKI TAKUTKAN HUBUNGAN INTIM
Siapa kata semua lelaki taasub kepada seks. Ada juga yang berasa kurang yakin dan bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab di kamar tidur. Perasaan ini sering melanda mereka yang bakal atau baru sahaja mendirikan rumah tangga.
LELAKI JUGA PUNYA G-SPOT
Wanita perlu bukakan minda, rangsangan lelaki tidak hanya pada organ seksnya semata. Anda perlu mencari dan pelajarinya melalui pengalaman bersama. Mungkin di leher, bibir, pinggang atau di mana-mana sahaja. Anda perlu carinya sendiri!
LELAKI MENGHARGAI SEKS
Lazimnya hubungan seks dikaitkan sebagai satu aktiviti untuk memenuhi fitrah manusia semata. Namun dalam konteks yang lebih luas, sebahagian lelaki menganggap hubungan intim adalah satu keraian. Pabila berasa gembira, lelaki meraikannya dengan seks misalnya. Jika tidak masakan wujud istilah bulan madu, ia adalah satu keraian anda sebagai
pengantin baru.