Si dia baru sahaja berpisah dengan rakan anda dan anda sememangnya sudah lama menaruh hati dengan bekas kekasih rakan anda itu. Tetapi adakah okey untuk anda menjalin kasih dengan seseorang yang pernah menjadi milik rakan sendiri?
ADAKAH ANDA MANGSA REBOUND? >>
STRATEGI UNTUK BERHENTI BERTENGKAR >>
Bagaimana Hubungan Anda dan Rakan?
Tanya diri anda, adakah perhubungan anda dan rakan terlalu rapat dan hal ini boleh mengeruhkan persahabatan anda berdua? Adakah si dia lebih bernilai daripada rakan anda itu? Ingat, anda mempertaruhkan orang yang anda sayang. Buat penilaian dengan teliti. Sekiranya anda sayangkan rakan anda, tanya kepadanya sama ada dia akan berasa tidak selesa sekiranya anda bersama dengan kekasihnya dan buat penilaian daripada jawapannya. Jangan kerana perhubungan baru, persahabatan anda terjejas pula.
Bagaimana Hubungan Mereka Berdua?
Tidak semua pasangan yang berpisah boleh berkawan semula. Pasti ada memori yang tidak boleh dilupakan. Sekiranya mereka berada di dalam keadaan yang tidak baik, ia akan menyusahkan anda juga kerana anda berdua berada di dalam kelompok yang sama. Satu hari, pasti akan keluar bersama. Sekiranya perhubungan mereka baik, jangan pula anda cepat merasa cemburu melihat kemesraan mereka.
PAKAIAN SEKSI PADA MATA LELAKI >>
Apa penyebab mereka berpisah?
Ambil tahu mengapa rakan anda dan pasangannya berpisah. Sekiranya kerana tiada persefahaman, tidak ada masalah untuk anda bersama dengan pasangan. Mana tahu anda berdua ada chemistry apabila bersama. Namun begitu, sekiranya mereka berpisah kerana sikap si dia yang tidak menyenangkan, mengapa anda mahu menyakiti hati sendiri pula?
Mengapa anda bersamanya?
Sekiranya sebab anda bersama dengan pasangan kerana sifatnya yang penyayang, budiman dan melayan anda seperti puteri, mungkin ia masih okey untuk anda berdua untuk bersama. Namun, sekiranya anda mahukannya kerana diam-diam anda bersaing dengan rakan anda itu, lupakanlah niat anda. Perhubungan ini tidak akan ke mana-mana.
TIP PERHUBUNGAN DENGAN KEKASIH GILA KERJA >>
Mengapa dia bersama anda?
Siasat mengapa si dia mahu bersama anda. Adakah dia benar-benar mencintai anda atau sengaja mahu membuat bekas kekasihnya cemburu? Bimbang nanti hati anda juga yang terluka.
Come clean
Sekiranya anda telah ataupun mahu menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih rakan anda, berterus terang dengannya. Jangan nanti rakan anda mengetahuinya daripada mulut orang lain ataupun terserempak anda berdua yang sedang dating! Lagi bertambah masalah nanti.