Kalau lelaki ada pantang wanitanya, wanita juga ada kepantangan lelakinya. EH! paparkan 13 lelaki kepantangan wanita yang pasti dijauhi, pasti dibenci dan enggan dimiliki. Aduhai lelaki, sila ambil perhatian bait-bait bicara ini. Ubahlah haluan diri yanghanya mengumpan rugi. Jangan sesekali mencontohi 13 sifat yang kami paparkan ini:- 1. Suka menyampuk . Alasan lelaki selalunya bosan dengan sikap wanita yang berlama lama membincangkan sesuatu topik. Cara terbaik menamatkannya ialah dengan cara menyampuk.Tetapi lelaki silap. Wanita akan menjadi marahpabila perbualannya tidak didengar dengan tekun. 2. Memerintah. Apabila memerlukan sesuatu,lelaki seperti memberi perintah dan bukanpermintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,‘angkat kasut’ tetapi tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi’ atau ‘tolong buka pintu tu’. 3. Bergurau kasar. Gurauan kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan jenaka yang berbaur sexist.Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata, ‘gurau pun tak boleh?’ 4. Cepat naik berang. Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati.Sebab itu wanita lebih suka berkongsi pendapat dengan teman wanita yang lain. 5. Cakap besar . Sikap lelaki yang suka ‘syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan akan dirinya sahaja yang paling sempurna! *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.