Minggu lepas kita digemparkan dengan carta pencalonan anugerah Golden Globes dan karya dari Netflix sahaja telah mendapat 15 pencalonan dan mendominasi anugerah drama dan filem berprestij ini. Walaupun begitu ada yang teruja dan ada juga yang tidak bersetuju dengan beberapa pencalonan yang disenaraikan di dalam pencalonan Golden Globes 2020 ini, antara yang mendapat kritikan hangat adalah filem The Lion King, drama siri Game of Thrones dan The Morning Show yang diperkatakan agak overrated, begitu juga lakonan Lupita Nyong’o dalam filem ‘US’ yang tidak tercalon dalam Best Actress Golden Globes tahun ini.
Tahun 2020 sememangnya tahun yang bertuah buat Netflix, syarikat penstriman ini mendapat empat percalonan buat Best Picture seterusnya menjumlahkan tiga puluh pencalonan anugerah buat TV dan filem dalam kurang dari satu dekad. Oleh itu EH! senaraikan antara lima filem dan drama yang tercalon wajib ditonton sebelum menjelang malam anugerah Golden Globe ke-77 pada 5 Januari 2020!
#1 MARRIAGE STORY
Tercalon sebagai Best Film, Best Screenplay, Best Score, Best Actress in Film (Scarlett Johansson), Best Actor in Film (Adam Driver), Best Supporting Actress in Film (Laura Dern), ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa filem ini antara salah filem drama terbaik yang pernah dihasilkan oleh Netflix. Dihasilkan oleh calon pemenang Academy Award, Noah Baumbach, dia mengarah filem tentang keluarga ini dengan cukup telus, seperti mana keluarga moden masa kini. Dibintangi Scarlett Johansson, Adam Driver dan Laura Dern, filem mengusik emosi ini semestinya jadi filem yang punya jalan cerita yang menarik dan mudah difahami, juga kaya dengan nilai yang baik untuk dipelajari buat pasangan ibu bapa hari ini.
#2 THE IRISHMAN
Tercalon dalam Best Film dan Best Screenplay in Film, filem jenayah arahan Martin Scorses ini punya pembawaan jalan cerita yang membuat anda tidak senang duduk. Filem berdurasi lebih dari dua jam ini dibintangi oleh Ribert De Niro, Al Pacino dan Joe Pesci. Filem jenayah berkisar tentang lelaki veteran Frank Sheeran yang pernah bekerja dengan beberapa tokoh terkenal pada abad ke-20 dan misteri kehilangan Jimmy Hoffa.
#3 DOLEMITE IS MY NAME
Pelawak legenda Eddie Murphy kembali dengan satu filem komedi yang pastinya buat anda terhibur. Berlatarbelakangkan era 70-an, cerita ini mengisahkan tentang watak utama Rudy Ray Moore yang merupakan seorang penghibur juga penyanyi yang mahu mencipta karakter baharu Dolemite untuk terus kekal relevan di dalam industri hiburan. Tercalon buat katagori Best Motion Pircture dan Best Performance Actor in Musical/Comedy, filem ini pasti jadi satu filem yang bakal memenangi hati anda.
#4 THE POLITICIAN
Walaupun banyak menerima kritikan, drama siri arahan Ryan Murphy ini tetap berjaya mendapat tempat di dalam katagori Best Television Series dan Best Perfomance Actor in Musical/Drama buat watak Ben Platt sebagai seorang remaja narsistik dan biseksual Payton Hobart. Apa yang paling menarik perhatian dalam drama siri ini adalah set, pakaian dan setiap watak yang ditonjolkan berjaya menghidupkan mood penceritaan drama ini, semestinya jadi satu drama siri remaja yang menghiburkan.
#5 UNBELIEVABLE
Antara siri drama yang yang banyak mendapat pencalonan di dalam Golden Globes. Filem misteri bertema feminis ini menceritakan tentang jenayah dakwaan rogol dan bagaimana mereka diperlakukan oleh sistem keadilan jenayah yang dipotretkan tidak begitu konsisten. Dilakonkan oleh Kaitlyn Dever sebagai watak utama (Marie Adler) remaja perempuan yang merupakan mangsa rogol dan bagaimana kesnya diangap sebagai cerita rekaan sahaja. Drama siri ini tercalon buat empat anugerah; Best Pefromance Actress in Supproting Role oleh Toni Collette dalam watak Karen Duvall, dua calon buat Best Perfomance Actress Motion Picture Television untuk watak utama Kaitlyn Dever dan Merritt Wever, dan Best Television Limited Series/Motion Picture.