Apa itu Lavender Marriage?
“Lavender marriage” merujuk kepada perkahwinan yang wujud bukan atas dasar romantik atau keinginan membina kehidupan berpasangan, tetapi lebih kepada menjaga imej, memenuhi tekanan sosial, atau menutup orientasi sebenar salah satu (atau kedua-dua) pihak.
Istilah ini popular dalam dunia Hollywood suatu ketika dahulu, namun kini digunakan secara lebih meluas untuk menggambarkan perkahwinan yang kelihatan harmoni di luar tetapi kosong dari segi keintiman dan komitmen emosional.
5 petunjuk yang mungkin menunjukkan hubungan anda berada dalam lavender marriage. Bukan untuk menuduh atau melabel, tetapi sebagai panduan refleksi, agar anda lebih jelas tentang kedudukan diri, keperluan, dan masa depan hubungan anda.

1. Tiada keintiman emosi atau fizikal
Perkahwinan yang sihat memerlukan hubungan emosi termasuk berkongsi perasaan, sokongan, dan keakraban. Dalam lavender marriage, pasangan mungkin sekadar menjalankan rutin, namun tidak menunjukkan minat untuk mendekat secara fizikal atau emosional. Segala interaksi terasa formal atau seperti rakan serumah.
2. Keutamaan imej dan persepsi publik melebihi hubungan sebenar
Pasangan kelihatan sempurna di media sosial atau di hadapan orang, tetapi realitinya hambar. Mereka lebih menjaga penampilan luar untuk mengelakkan pertanyaan masyarakat atau keluarga, bukan kerana ingin mengeratkan hubungan.
3. Sudah berkahwin, tapi masih ‘single’
Walaupun tinggal bersama, namun jarang berjumpa. Mungkin tidur di bilik berasingan, mempunyai jadual hidup berbeza, atau menghabiskan kebanyakan masa secara individual.
4. Tiada perancangan masa depan bersama
Pasangan jarang merancang hal-hal besar seperti anak, pembelian rumah, simpanan bersama atau percutian berdua. Setiap keputusan dibuat mengikut keperluan peribadi, bukan sebagai unit keluarga. Ini menunjukkan hubungan itu sekadar formaliti, bukan perkongsian hidup sebenar.
5. Tidak ada komunikasi tentang fantasi atau keinginan seksual
Pasangan enggan membincangkan atau berkongsi fantasi, keinginan, atau keselesaan seksual. Ini menunjukkan kekangan emosi dan seksual dalam perkahwinan.
PLUS- Suami terlalu lembut dan isteri terlalu kuat
Yup, ini antara petanda jelas anda dalam lavendar marriage dimana suami terlalu inginkan ‘princess treatment’ dan isteri pula bersifat terlalu dominant, seperti berdikari dan melindungi hubungan dengan pasangan.
Baca: Maksud Ciuman Lelaki: : Simbol Nafsu, Cinta atau Perlindungan?
