Industri hiburan Malaysia gempar dengan pengakuan aktor Ashraf Muslim bahawa dia telah bernikah dengan Wan Sakinah di Thailand sebelum menjalani perbicaraan permohonan untuk berpoligami. Mahkamah telah membenarkan permohonan poligami ditarik balik selepas Ashraf memberitahu mahkamah yang dia telah pun bernikah.
Aizat dan Zee Avi semakin rapat
Bagaimanapun bapa mertua Ashraf, Lokman Abdul Hamid melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Ashraf yang terburu-buru. Katanya, mereka sekeluarga redha jika keputusan mahkamah membenarkan Ashraf berpoligami sekiranya perbicaraan dijalankan.
Kawan sendiri rampas suami Noniswara
Gambar: Bapa mertua dan isteri pertama Ashraf
“Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting,” kata Lokman.
Diharapkan kemelut yang melanda Ashraf Muslim ini dapat ditanganinya dengan rasional.