NARS Cosmetics memperkenalkan Natural Radiant Longwear Cushion Foundation dengan formula perlindungan berkuasa dan kesempurnaan bersinar untuk semua ton kulit.
Solekan Cat Yong menggunakan NARS Cosmetics/Natural Radiant Longwear Cushion Foundation SPF 50 PA++
Mahukan perlindungan berkuasa dan dalam masa memberikan sapuan menyeluruh yang sempurna? Natural Radiant Longwear Cushion Foundation daripada NARS Cosmetics menggunakan formula baharu yang ringan dan mampu memberikan perlindungan daripada sinaran matahari dan pencemaran urban dengan SPF 50 PA++. Dengan setiap sapuan, kulit akan tampak sempurna sehingga 16 jam, lantas solekan akan kekal segar dan bersinar. Press. Protect. Go.
Natural Radiant Longwear Cushion Foundation SPF
50 PA+++ hadir dalam enam ton warna untuk setiap jenis kulit. Setiap satunya menggunakan nama-nama kota ikonik seperti Barcelona, Deauville, Seoul, Mont Blanc, Vienna dan Punjab yang membiaskan ton warna kulit natural.
Boleh didapati dengan harga RM179 di NARS Cosmetics Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, AEON Tebrau City, Genting SkyAvenue dan Parkson Gurney.