Blu Inc Media mahu terus meraikan wanita, dan sempena dengan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini kami di Blu Inc Media punya beberapa agenda dalam keraian istimewa ini dengan objektif menyebarkan mesej agar semua wanita menyokong antara satu sama lain, berganding tenaga, berkongsi idea dan berbalas dorongan, ‘sama-sama berdiri dan bersuara’, kerana itulah kunci kesamarataan atau kesaksamaan.
“An equal world is an enabled world”, adalah tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini dan dari situ ia menerapkan mesej agar wanita sama-sama merapatkan barisan dan hentikan stereotaip, menentang ketidaksamarataan, melebarkan persepsi, memperbaiki situasi semasa dan pastinya meraikan kejayaan wanita seluruh dunia.
Dalam usaha menebarkan positiviti ini ada dua alternatif yang dilangsungkan, yang pertama kami hasilkan sebuah filem pendek berdurasi tiga minit yang mengetengahkan tiga teraju utama iaitu Sharifah Sakinah, Jasmine Suraya dan Sangeeta Krishnasamy. Dijudulkan sebagai ‘Stand Together’, ia mengisahkan ranjau satu hari kehidupan Mia, Geetha dan Soo yang akhirnya menonjolkan sokongan antara wanita yang akan membuka mata kita melihat sisi kehidupan dari persepsi yang lebih positif. Polos dialog, namun tersirat mesej berlandaskan pemahaman inidividu.
Selain itu bagi yang berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk melawati lima lokasi di sana yang mana kami dirikan dinding khusus untuk anda rakamkan gambar dan muat naik ke akaun Instagram. Bermula dari 6 hingga 22 Mac, lima lokasi dinding tersebut ialah di pintu masuk utama Pavilion (aras 3), di ruang bersebelahan restoran Quivo (aras 3), juga di ruang penyambung berhampiran Illy Café (aras 3), Pavilion Elite (aras 4) dan juga di Dining Loft (Aras 7).
Dan bagi anda yang merakamkan gambar di dinding eksklusif ini anda mungkin berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti produk Fossil dan hamper Kosé.
Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020, dinding interaktif di Pavilion Kuala Lumpur akan berada sehingga 5 April 2020. Tempoh peraduan dilanjutkan sehingga 5 April 2020. Manakala, pemenang bertuah akan diumumkan pada 8 April 2020.
Peraduan 1- Rakam gambar dalam gaya paling kreatif
Rakam gambar anda berlatar belakangkan dinding-dinding yang dinyatakan di atas dan lima pemenang dengan gambar paling kreatif akan menerima hadiah istimewa dari Fossil (dompet dan tag bagasi) juga produk Kose bernilai RM500. Pastikan anda letakkan tanda pagar #bluincIWD2020 #pavilionkl #GalaxyS20 #kosemy #fossilmy pada gambar yang dimuat naik, oh pastikan akaun Instagram anda mestilah boleh diakses umum. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 8 April 2020.
Peraduan 2: Tag rakan anda di video yang kami muat naik di Instagram (@ehmalaysia).
Caranya tag rakan baik anda yang sering menjadi tulang belakang kepada pencapaian anda hari ini. Sama juga, jangan lupa tanda pagar #bluincIWD2020 #GalaxyS20 #kosemy #fossilmy di ruang komen. Kami akan memilih 10 pemenang untuk menerima set Kose bernilai RM600 (tiap set bernilai RM300, anda akan menerima 2 set, satu untuk anda dan satu lagi untuk teman rapat anda). Kami akan umumkan pemenang pada 27 Mac 2020.
Peraduan ketiga: Muat naik semula (repost) video IWD terbitan Blu Inc
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memuat naik semula video kami dan sertakan tanda pagar #bluincIWD2020 #GalaxyS20 #kosemy #fossilmy pada ruang kapsyen. Lima pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah dari Fossil yakni kaca mata dan tag bagasi, bernilai RM500.
Projek Hari Wanita Antarabangsa kami mendapat sokongan oleh Pavilion Kuala Lumpur, Samsung, Kose dan Fossil.
Let's all be #EachforEqual.
#bluinciwd2020 #pavilionkl #GalaxyS20 #kosemy #fossilmy