[tab: ZA]
MENANG!
ZA True White Ex & ZA Lip Drops
BERNILAI RM 345
Menetap di negara yang panas dan lembap seperti Malaysia menyebabkan ia sukar untuk kita memiliki kulit yang cerah dan sempurna. Namun, rangkaian produk terbaru ZA iaitu ZA True White EX adalah penyelesaian yang terbaik terutamanya untuk wanita yang berkerjaya. ZA True White EX terdiri daripada ZA True White Ex Cleansing Foam yang bertindak lembut pada kulit dan membuang sel-sel mati yang mengandungi melanin pada kulit, ZA True White Ex Toner yang membuat kulit kelihatan lut dan terhidrat, ZA True White Ex Day Cream SPF20 PA++ pula melindungi kulit terhadap sinar UV, manakala ZA True White Ex Night Cream SPF20++ memastikan kulit kekal lembap.ZA True White Ex Exfoliating Clay pula akan menyingkirkan kotoran pada liang tersumbat dan ZA True White Ex Essence Lotion, produk jualan terlaris untuk rangkaian ini berfungsi untuk mengurangkan tompok-tompok hitam dan mencerahkan warna kulit. ZA True White Ex Perfect protector dan ZA True White Ex Power Block UV pula adalah 2 produk tambahan baru, dan ia berfungsi sebagai pelindung matahari yang melindungi kulit sehingga 12 jam dan memotong 99% daripada sinaran UV.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Sothys]
MENANG!
Micellar Cleansing Water & Soothing SOS Serum
BERNILAI RM 510
Masalah kulit sensitif di kalangan wanita adalah perkara yang biasa pada zaman sekarang. Jadi, Sothys telah menghasilkan produk terkini yang mengandungi SPA Thermal Water dimana ia memberi tumpuan kepada masalah kulit sensitif di kalangan wanita. SPA Thermal Water bukan sahaja dapat mengimbangi semula kulit sensitif, tapi ia juga dapat membantu mengelakkan reaksi alahan pada kulit. Oleh itu, Sothys Advanced Research menggunakan SPA Thermal Water sebagai bahan utama dalam produk baru Sothys untuk melindungi, mengimbangi dan menenangkan kulit. Rangkaian ini terdiri daripada 5 jenis produk iaitu Micellar 2-IN-1 Cleansing Water yang boleh diguna sebagai pencuci ataupun losyen muka. Soothing SOS Serum yang sesuai untuk mengurangkan reaksi alahan pada kulit. Terdapat juga dua jenis krim muka iaitu Soothing Velvet Cream untuk kulit yang kering, dan Soothing Melt-In Fluid untuk kulit kombinasi dan akhir sekali, Nutri-Soothing Mask untuk menenangkan kulit sensitif daripada ketidakselesaan.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Cellnique]
MENANG!
Intensive Hydrating Silk Masque & Time Release AquaCell Yoga Visage
BERNILAI RM 589
Memiliki kulit yang cantik, lembap berseri adalah impian setiap wanita. Dengan adanya rawatan terbaru Cres iaitu Time Release AquaCell Yoga Visage, tiada lagi masalah untuk mencapai impian tersebut. Biodynes, ekstrak yeast yang terdapat dalam rawatan ini terbukti secara klinikal bahawa ia dapat meningkatkan tahap oksigen di dalam kulit. Maka, fokus utama rawatan yang berprestasi tinggi ini adalah untuk memperkukuhkan struktur kulit muka agar dapat mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Intensive Hydrating Silk Masque daripada Cellnique merupakan pupur muka yang dapat mengembalikan keserian kulit secara semula jadi. 3 kandungan aktif yang terdapat di dalam pupur muka ini seperti Sodium PCA yang dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit, Acetyl Hexapeptide-8 yang dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan muka, dan Acerola Fruit Extract yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk meningkatkan sintesis kolagen. Penggunaan pupur wajah secara konsisten dan teratur dapat membantu mendapatkan kulit wajah yang cantik dan halus.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Freshkon]
MENANG!
FreshKon Colors Fusion Daily
BERNILAI RM 90
Ramai yang berkata pandangan pertama sentiasa memberi impak tidak kira jantina atau usia. Malah, bahagian yang sentiasa menarik perhatian adalah bahagian mata, kerana ia mempunyai tarikan yang luar biasa dalam menentukan wajah seseorang. Dengan itu, Freshkon telah menghasilkan produk terbaru iaitu Freshkon Colors Fusion Daily. Produk terbaru ini bukan sahaja mudah dan selesa untuk dipakai, malah boleh dipakai buang pada setiap hari bagi mengekalkan kebersihan kanta sentuh. Corak yang jelas pada kanta sentuh kosmetik ini, dengan gabungan warna yang unik memberikan kesan berkilauan di mata, membuat anda tampil lebih berseri. Zon optik kanta sentuh ini juga besar untuk penglihatan yang jelas, dengan pelbagai jenis kuasa dari -0.00D sehingga -10.00D. Tidak lupa juga Freshkon Colors Fusion Daily ini mempunyai banyak pilihan warna seperti Blushing Violet, Brilliant Brown dan Shimmering Grey. Jadi, apa tunggu lagi? Untuk lirikan mata yang lebih menggoda , pakailah kanta sentuh Freshkon Colors Fusion Daily!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Syahirah]
MENANG!
Set peribadi wanita & Syahirah Jewel EDT
BERNILAI RM 198.70
Inspirasi wangian terhebat dunia, Syahirah Jewel EDT sememangnya istimewa diilhamkan dari permata indah yang memiliki empat variasi wangian terbaik – Crystal, Diamond, Aquamarine dan Amethyst bagi menyerlahkah sinar personaliti tersendiri si gadis terutama di majlis keraian. Jika si gadis mempunyai personaliti yang sentiasa teruja untuk menyapa dunia baru, bolehlah pilih Crystal kerana baunya yang sungguh menceriakan dan ia juga adalah variasi yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Manakala, Aquamarine sangat sesuai dengan seorang gadis yang berjiwa kembara, kerana kombinasi baunya yang semestinya menyerlahkan keyakinan seseorang. Bagi si gadis yang mempunyai jiwa sensitif yang sedang asyik mencari atau dilamun cinta bolehlah cuba Diamond kerana baunya yang sungguh romantik. Variasi yang keempat, Amethyst pula sesuai bagi gadis berkeperibadian yang bebas meneroka dunia dan yakin dalam setiap tindakannya. Syahirah Jewel juga adalah satu-satunya wangian dalam kategorinya yang mempunyai sijil halal maka si gadis boleh menggunakannya tanpa rasa was-was.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Bio-essence]
MENANG!
Bio-essence 24K Bio-Gold
BERNILAI RM 296.60
Memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kulit Bio-essence 24K Bio-Gold, dimana ia membolehkan anda memiliki kulit yang sihat berkilau dan cantik serta kelihatan awet muda. Bahan yang utama di dalam produk ini, 24k gold adalah anti-oksida terunggul yang secara efektif menghalang radikal bebas untuk membantu memerangi tanda penuaan. Ditambah pula dengan Bio-Energy Fluid, 24K Bio-Gold boleh menyerap pantas dan lebih mendalam ke dalam kulit untuk menyalurkan kulit dengan tenaga dan kesuburan bagi menghidupkan kulit. Rejim penjagaan kulit dengan Bio-essence 24k Bio-Gold boleh dimulakan dengan Skin Radiance Cleanser yang menyegarkan kulit, diikuti dengan Gold Water iaitu esen yang dapat memadamkan kedutan dan garis halus serta mengaktifkan pembaharuan sel kulit. Seterusya, gunakan Bio-Gold Platinum Dual Eye Essence untuk memulihkan dan menegangkan kulit kontur mata yang tidak bermaya dan akhir sekali, Bio-Gold Platinum Dual Cream iaitu krim yang lengkap untuk pagi dan malam, dimana ia menyubur dan melembapkan wajah dan leher secara intensif.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 April 2015