[tab: Smashbox]
MENANG!
Set Alat Solek SMASHBOX
BERNILAI RM 5830
Smashbox, jenama kosmetik yang diperkenalkan sejak 1996 ini adalah hasil ciptaan Dean dan Davis Factor yang juga cicit kepada legenda kecantikan Max Factor. Photo Finish Foundation Primer adalah salah satu produk terkenal Smashbox kerana solekan yang cair sangatlah menjengkelkan. Jadi produk ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai asas solekan sebelum bedak asas agar solekan bertahan lama. Ia juga boleh digunakan secara sendirian.
Double Exposure Palette pula adalah pembayang mata dimana setiap warna boleh berubah, sama ada berkilau ataupun menjadikannya lebih gelap. Bayangkan dengan 14 warna yang sudah disediakan, anda boleh hasilkan 28 warna berlainan pula sekarang. Jadi, perbagai teknik boleh anda hasilkan! Solekan mata juga boleh dipertingkatkan dengan Always Sharp 3D Liner kerana teksturnya yang licin, meluncur dengan lancar untuk menghasilkan garisan sempurna.
Ikon seperti Angelina Jolie membuktikan bahawa bibir adalah salah satu aset yang penting untuk wanita. Jadi, dengan adanya Always Sharp Lip Liner, produk ini sesuai untuk membentuk bibir agar lebih menonjol. Produk ini juga mempunyai pengasahnya sendiri supaya anda dapat mengasah dengan sendiri setiap kali anda pusingkan penutupnya! Hebat bukan? Sempurnakan solekan dengan gincu Be Legendary yang boleh didapati dalam krim atau matte formula. Diformulasikan dengan Vitamin A & E dan Shea Butter, gincu ini semestinya dapat melembapkan bibir tetapi tampil menawan bak supermodel!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Silkygirl]
MENANG!
Set SILKYGIRL ColorShine Haircolor
BERNILAI RM 5850
Menukar warna rambut adalah salah satu cara terbaik dan paling cepat untuk memberi efek yang menarik pada penampilan. Dengan menggunakan SILKYGIRL ColorShine Haircolor, lebih mudah untuk mengubah penampilan anda kerana kit DIY ini amat mudah digunakan. SILKYGIRL ColorShine Haircolor menyediakan 12 warna kekal lagi bergaya dimana setiap warna ini dirumus khas agar dapat disesuaikan dengan pelbagai ton kulit. Antara warna yang disediakan adalah Black Coffee, Crème Caramel dan Golden Honey dan setiap daripadanya adalah tanpa Ammonia serta rona kekal lebih lama dengan perlindungan UV.
SILKYGIRL ColorShine Haircolor juga diperkaya dengan Minyak Argan untuk meningkatkan keanjalan serta mengurangkan keguguran rambut agar rambut lebih sihat dan berseri secara keseluruhan. Sementara itu, Minyak Zaitun merapi rambut yang kusut dan kering menjadikan rambut lebih licin dan lembut, dan Panthenol membantu memelihara kulit kepala dan menguatkan akar rambut. Dalam kit ini turut disertakan perapi rambut yang mengandungi Wild Mango Butter untuk mengekalkan kelembapan.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Enchanteur]
MENANG!
Produk Enchanteur
BERNILAI RM 5830
ENCHANTEUR, jenama yang terkenal dengan wangian dan produk penjagaan peribadi inspirasi Perancis memahami keperluan setiap wanita. Rangkaian mandian ENCHANTEUR dengan wangian unggul menjadikan setiap pengalaman memanjakan diri dipenuhi kemewahan dan kenikmatan. Harumannya yang berkekalan menjadikan si pemakai tampil lebih cantik, yakin dan menawan. Gel mandiannya yang lembut pada kulit diformulasikan bebas sabun dan ia juga akan meninggalkan lapisan pelembap pada kulit selepas mandi. Nikmati saat indah mandian yang akan membuatkan kulit terasa lembut apabila disentuh dan harum mempesona.
Krim Mandian Pencerah Wangi ENCHANTEUR pula diperkaya dengan Bisabolol untuk membantu mencerahkan ton kulit dan memberikan kulit yang lebih cerah dan berseri. Antara rangkaian mandian ENCHANTEUR adalah ENCHANTEUR Romantic sesuai untuk jiwa riang, ceria dan feminin manakala ENCHANTEUR Charming pula untuk wanita yang berjiwa sensual, elegan dan gaya yang sofistikated.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Decleor]
MENANG!
Set Hydra Floral BB Cream & Aromessence Neroli Sample Kit
BERNILAI RM 5860
Rangkaian Hydra Floral daripada Decleor dicipta khusus untuk menghidratkan kulit bagi mengurangkan kedutan pada wajah. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produk ini adalah ekstrak tanaman bunga liar, bunga Samphire dengan minyak pati Neroli untuk mengekalkan kelembapan kulit selama 24 jam. Digabungkan dengan protein moringa oleifera dan ekstrak bunga matahari yang bertindak sebagai antikoksidan.
Bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan rangkaian Hydra Floral ini, si pemakai adalah digalakkan untuk memulakan dengan serum Aromessance Neroli diikuti Hydra Floral Multi Protection Light Cream. Si pemakai tentu sekali dapat merasakan perubahan pada wajah dimana kulit akan menjadi lebih lembut, serta hilang kedutan-kedutan halus pada wajah. Tahap lembapan kulit juga akan meningkat sebanyak 63%. Bagi waktu malam pula, anda digalakkan untuk menggunakan Essential Night Balm Aromessance Neroli kerana ia dapat mengekalkan keseimbangan struktur kulit maka si pemakai tetap tampil berseri pada setiap masa.
Si pemakai juga boleh gunakan Hydra Floral Multi Protection Enchancing Cream sebelum bersolek kerana fungsinya 5 dalam 1, antaranya adalah membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit dan mencerahkan kompleksi wajah.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Britney Spears]
MENANG!
Wangian Britney Spears
BERNILAI RM 5832
Penghibur terkemuka dan ikon global, Britney Spears menawan hati penonton dengan persembahannya yang sentiasa memukau sama ada di pentas mahupun di kaca TV. Pastinya para peminat Britney Spears juga ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai artis ini dari sudut berbeza, iaitu siapa Britney Spears jika tidak di depan lensa. Britney Spears yang terkenal dengan ciptaan wangiannya kini memperkenalkan wangian terbarunya, Fantasy BRITNEY SPEARS Intimate Edition, yang mana baunya yang sensual dan romantik mendedahkan personaliti Britney pada sudut yang berbeza. Wangian Oriental Floral Gourmand ini bermula dengan campuran buah laici serta digabungkan dengan daun violet dan percikan lemon Itali memberi sensasi yang menyegarkan. Nota tengahnya pula gabungan gula perang dan bunga melati, dibaluti dengan Muguet memberi efek yang sensual pada si pemakai. Akhir sekali, wangian ini disempurnakan dengan vanila dan kasturi untuk mewujudkan aroma yang lebih menggoda. Botol wangian pula diwarnakan putih serta dihiasi dengan kolar berwarna mawar emas dan kristal merah jambu bagi menambahkan sentuhan romantik.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Oktober 2015